Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jemaah haji pertama tiba di Saudi

May 23, 2023 | 04:07 PM



PENERBANGAN pertama yang membawa jemaah haji tiba di Arab Saudi (gambar).

Satu catatan Facebook Kementerian Haji dan Umrah Saudi pada Isnin menunjukkan beberapa gambar ketibaan jemaah haji yang disambut pihak berkuasa negara itu.

Kerajaan Saudi sebelum ini mengumumkan bahawa ia telah memaksimumkan usaha untuk menyambut jemaah bagi musim haji tahun ini apabila bilangan jemaah dijangka kembali ke tahap prapandemik.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, pada awal tahun ini mengumumkan bahawa negara itu bersedia menerima dua juta jemaah pada musim haji tahun ini, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).


Perbincangan yang dijalankan awal Mei menunjukkan bahawa lebih 4,000 permit telah dikeluarkan setakat ini bagi membolehkan kediaman digunakan untuk menempatkan jemaah haji.

Lebih 19,000 bas juga disediakan untuk mengangkut mereka.

Mesyuarat itu, yang diketuai Timbalan Gabenor Makkah, Putera Badr Sultan, juga menguji kesiapsiagaan kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di tempat-tempat suci yang menjadi tumpuan jemaah.

Pihak berkuasa di Makkah melaporkan di Twitter bahawa mesyuarat itu, terutamanya, menyemak latihan kesiapsiagaan yang dijalankan baru-baru ini serta perancangan untuk memastikan kesediaan penuh agensi-agensi terlibat untuk menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi kepada jemaah haji.

Ibadah haji, yang merupakan rukun Islam kelima, dijadual bermula pada akhir Jun ini.

Kerajaan Saudi berkata ia tidak akan mengenakan sebarang had pada bilangan jemaah haji dari seluruh dunia untuk musim haji tahun ini, sekali gus membatalkan sekatan awal yang didorong pandemik Covid-19.

Dalam tempoh dua tahun lalu, Saudi mengehadkan bilangan jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadah haji bagi mengelak penularan pandemik itu.

Pada 2019, tahun terakhir sebelum Covid-19 melanda, kira-kira 2.6 juta jemaah dapat menunaikan ibadah haji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >