Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jeneral tentera Pakistan antara tiga dipecat kerana keganasan oleh parti Imran Khan

Jun 27, 2023 | 02:07 PM



ISLAMABAD: Tentera Pakistan telah memecat tiga pegawai kanan, termasuk seorang berpangkat leftenan jeneral, kerana gagal menghalang serangan ganas terhadap aset tentera oleh penyokong mantan perdana menteri Imran Khan yang membantah penahanannya, kata jurucakap tentera pada Isnin.


Ia adalah pengumuman awam yang jarang berlaku oleh tentera tentang siasatan dalaman dan keputusannya.

Sekurang-kurangnya 102 orang sedang dibicarakan di mahkamah tentera berhubung keganasan pada Mei, kata Mejar Jeneral Ahmad Sharif Chaudhry pada sidang akhbar di bandar garison Rawalpindi.

Mejar Jeneral Chaudhry tidak memberikan butiran lanjut mengenai berapa ramai daripada mereka adalah orang awam atau pegawai tentera. Beliau juga enggan menamakan pegawai kanan yang telah dipecat itu.

Kumpulan hak asasi manusia telah melahirkan kebimbangan mengenai perbicaraan tentera terhadap orang awam di Pakistan yang mereka dakwa tidak dapat memastikan pembelaan adil.

Perbicaraan itu juga telah dicabar di Mahkamah Agung Pakistan dalam tiga petisyen, termasuk satu oleh parti pimpinan, Encik Imran Khan.

Pada Mei lalu, beribu-ribu penyokong Encik Khan turun ke jalan raya hingga mengakibatkan kerosakan pada pangkalan udara, beberapa garison tentera, rumah seorang jeneral dan ibu pejabat tentera.

Lebih 5,000 daripada mereka telah ditangkap walaupun kebanyakannya kemudian dibebaskan.

“Kami perlu memastikan mengapa keselamatan kem-kem tentera diceroboh dan apa yang sebenarnya berlaku,” kata Mejar Jeneral Chaudhry.

Beliau berkata dua siasatan peringkat jabatan yang diketuai tentera berpangkat mejar jeneral telah pun dijalankan.

Hukuman akan ditentukan mengikut cadangan mereka kelak.

Tindakan tegas jabatan juga telah diambil terhadap 15 lagi pegawai tentera, termasuk tiga mejar jeneral utama dan tujuh brigedier jeneral, ujar beliau.

Pemimpin tentera itu menambah, beberapa saudara-mara para pegawai kanan tentera juga menghadapi perbicaraan kerana didakwa menjadi pemudah cara keganasan.

Tentera berkata kejadian kebakaran yang berlaku telah dirancang terlebih dahulu oleh pemimpin parti Encik Khan, dan telah menamakan beliau dalam sekurang-kurangnya dua kes jenayah kerana bersubahat dengan keganasan.

Encik Khan, 70 tahun, bekas wira kriket antarabangsa yang bertukar menjadi ahli politik, kini menghadapi pelbagai kes sejak beliau digulingkan dalam undi tidak percaya pada 2022.

Beliau menyalahkan jeneral tentera, tuduhan yang dinafikan tentera. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >