TOKYO: Jepun akan berdepan dengan salji lebat sekali lagi selepas diselubungi salji selama dua minggu, kata agensi cuaca negara itu pada 24 Februari, memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati terhadap runtuhan salji dan jalan licin.
Wilayah yang menghadap Laut Jepun, juga dikenali sebagai Laut Timur, mengalami salji lebat setiap tahun dan menjadi ‘tuan rumah’ kepada banyak resort ski, menarik semakin ramai pelancong dari luar negara.
Namun, beberapa bandar telah mencatatkan salji yang luar biasa pada Februari, menyebabkan gangguan trafik dan kematian.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada 24 Februari berkata lebih banyak salji dijangka di wilayah Niigata, Ishikawa dan Nagano, serta beberapa kawasan barat termasuk Hiroshima dan Shimane.
Agensi itu juga memberi amaran agar orang ramai berhati-hati dengan runtuhan salji, jalan licin dan pembekuan paip air di kawasan tersebut.
Menurut JMA, pada 10 pagi 24 Februari, Bandar Aomori di utara mencatatkan salji setinggi lima meter, manakala Uonuma di Niigata mencatatkan salji setinggi 3.81 meter dan Tadami di wilayah Fukushima mencatatkan salji setinggi 3.13 meter. – AFP.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg