Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jet pejuang AS balas serangan militia yang disokong Iran di Syria

Oct 27, 2023 | 01:50 PM



ABU KAMAL (Syria): Dua jet pejuang Amerika Syarikat, menyerang kemudahan senjata dan peluru di Syria pada Jumaat, sebagai tindakan balas terhadap serangan ke atas tentera Amerika oleh militia yang disokong Iran ketika kebimbangan semakin meningkat bahawa konflik Israel-Palestin mungkin merebak di Timur Tengah.


Presiden Amerika, Encik Joe Biden mengarahkan serangan ke atas dua kemudahan yang digunakan oleh Polis Pengawal Revolusi Iran dan militia yang disokongnya, kata Pentagon sambil memberi amaran bahawa Amerika akan mengambil langkah tambahan jika serangan oleh proksi Iran berterusan.

Amerika dan tentera pakatannya telah diserang sekurang-kurangnya 19 kali di Iraq dan di Syria oleh tentera yang disokong Iran pada minggu lalu.

Kumpulan Hamas, Jihad Islam dan Hezbollah Lebanon semuanya disokong oleh Teheran.

Menteri Luar Iran, Encik Hossein Amir-Abdollahian berkata di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu, bahawa jika serangan Israel terhadap Hamas tidak berhenti, Amerika “tidak akan terlepas daripada serangan ini”.

Serangan udara Amerika berlaku kira-kira 4.30 pagi pada Jumaat di Syria berhampiran Abu Kamal, sebuah bandar di Syria yang terletak di sempadan Iraq, Serangan udara itu dilakukan oleh dua jet pejuang F-16 menggunakan peluru jitu, kata pegawai pertahanan Amerika.

“Serangan pertahanan diri yang tepat ini adalah tindak balas kepada siri serangan berterusan dan kebanyakannya tidak berjaya terhadap kakitangan Amerika di Iraq dan Syria oleh kumpulan militia yang disokong Iran yang bermula pada 17 Oktober,” kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin dalam satu kenyataan.

“Serangan yang disokong Iran ini terhadap tentera Amerika tidak boleh diterima dan mesti dihentikan,” kata Encik Austin.

Encik Biden telah menghantar mesej yang jarang berlaku kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, memberi amaran kepada Teheran agar tidak menyasarkan kakitangan Amerika di Timur Tengah, kata Rumah Putih pada awal Khamis.

“Apa yang kami mahu ialah Iran mengambil tindakan yang sangat spesifik, mengarahkan militia dan proksinya berundur,” kata seorang pegawai kanan pertahanan Amerika.

Amerika tidak menyelaraskan serangan udara dengan Israel, tambah pegawai itu.

Israel berkata pada Jumaat, serbuan tenteranya ke Gaza adalah sebagai persiapan “peringkat operasi seterusnya”, di tengah-tengah kebimbangan bahawa pencerobohan darat ke atas wilayah Palestin boleh mencetuskan konflik Timur Tengah yang lebih luas.

Israel telah mengebom Jaluran Gaza yang padat dengan penduduk, berikutan serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober ke atas masyarakat Israel.

Israel berkata Hamas membunuh kira-kira 1,400 orang termasuk kanak-kanak dan mengambil lebih 200 tebusan, sebahagian daripada mereka bayi dan orang dewasa yang lebih tua.

Kementerian Kesihatan Gaza yang dikawal Hamas berkata pada Khamis bahawa 7,028 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan udara Israel, termasuk 2,913 kanak-kanak.

Agensi berita Reuters tidak dapat mengesahkan angka yang diberikan oleh penguasa Palestin itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >