Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

E-MEL DARI KL

Jika akta antilompat parti lulus, Parlimen Malaysia sedia dibubar

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



ANDAIAN dan teka-teki tentang tarikh Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) Malaysia semakin menimbulkan lebih banyak persoalan.



Rang Undang-undang antilompat parti yang dijadualkan dibentang dan dibahaskan dalam sidang Parlimen 18 Julai lalu tidak berlaku.



Akta antilompat parti bertujuan menghalang seorang Ahli Parlimen berpaling tadah kepada parti lawan dengan niat menumbangkan kerajaan.



Ia penting apatah lagi kerana terdapat kemelut dalaman Umno yang sedang memecahbelahkan parti itu.



Jika akta itu diluluskan, ia akan menjadi isyarat jelas Parlimen sudah bersedia dibubarkan.



Sebaliknya, timbul pula desas-desus kononnya satu lagi Rang Undang-undang (RUU) penting sedang dipertimbang dan akan dibentangkan tidak lama lagi.



Ia bertujuan menghalang seorang calon bertanding dalam PRU15 sekiranya beliau sedang menghadapi tuduhan mahkamah walaupun belum didapati bersalah.



Ini bermakna mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan dilarang bertanding dalam PRU akan datang.



Keadaan ini pasti akan melumpuhkan jentera dan keyakinan Umno.



Masih kurang jelas pihak mana yang mendalangi langkah ini.



Namun, ia tidak mungkin dapat dibentangkan atau diluluskan tanpa restu Ahli Parlimen Umno.



Inilah yang menjadi persoalan besar sekarang.



Apakah kemelut dalaman Umno sudah begitu tenat, sehinggakan jurang antara penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan mereka yang menyokong Datuk Seri Najib serta Datuk Seri Zahid akan mengakibatkan Umno terbahagi dua semasa PRU15?



Senario ini akan mempunyai implikasi besar pada masa depan politik Malaysia.



Ramai penganalisis politik berpendapat satu-satunya cara menumbangkan kerajaan Umno ialah dengan parti-parti pembangkang mencapai kata sepakat tidak bersaing antara satu sama lain dalam satu kawasan.



Ini serupa dengan strategi yang dilakukan semasa PRU14 yang menumbangkan kerajaan Umno pada 2018.



Namun, disebabkan serpihan berbisa Langkah Sheraton 2020 masih belum sembuh sukar dibayangkan mereka bergabung semula.



Perpecahan dan persaingan antara parti pembangkang inilah yang memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN)Umno semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.



Kemenangan itu membangkitkan semula semangat dan keyakinan BN-Umno bahawa mereka akan menang mudah PRU15 jika ia segera diadakan tahun ini



Oleh kerana itu, terdapat usul daripada beberapa parti pembangkang membentuk konsep khemah besar atau 'big tent' iaitu mereka bersepakat tetapi tanpa bergabung secara rasmi.



Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak cadangan itu bulat-bulat.



"Saya menolak sebarang usaha mencari jalan singkat (sama ada melalui kerjasama politik, rundingan atau jajaran baru, di bawah apa-apa nama seperti 'khemah besar') dengan mana-mana pihak yang boleh melunturkan idealisme PKR.



"Saya yakin bahawa kuasa dan pengaruh kita datangnya daripada rakyat, maka kita wajib akur dengan kehendak rakyat sepanjang masa," tegas Encik Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR yang baru dilantik.



Pendirian tegar itu akan merumitkan kerjasama antara parti pembangkang kerana Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi rakan kongsi mereka yang rapat menyokong idea khemah besar itu.



Namun, retorik dan bayangan yang kelihatan sekarang pasti akan berubah apabila tiba masanya kerana setiap pihak sedang mengkaji dan menilai perkembangan yang berlaku sebelum bertindak.



Menurut satu sumber Umno, Parlimen mungkin dibubarkan setelah pembentangan Belanjawan 2023 pada akhir Oktober bagi membolehkan kerajaan sekarang ini merancang belanjawan negara.



Ini bermakna besar kemungkinan PRU15 akan diadakan pada November sebelum musim tengkujuh pada Disember.




► Penulis mantan wartawan akhbar ini dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau penulis tamu.




"Jika akta itu diluluskan, ia akan menjadi isyarat jelas Parlimen sudah bersedia dibubarkan.
Sebaliknya, timbul pula desas-desus kononnya satu lagi Rang Undang-undang (RUU) penting sedang dipertimbang dan akan dibentangkan tidak lama lagi.
Ia bertujuan menghalang seorang calon bertanding dalam PRU15 sekiranya beliau sedang menghadapi tuduhan mahkamah walaupun belum didapati bersalah."
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >