Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jodoh tak ke mana: Warga M’sia kahwin abang kepada arwah tunang

Oct 27, 2023 | 11:48 AM



KUALA LUMPUR: Rezeki tidak pernah salah alamat, termasuklah perihal jodoh.


Demikian yang dialami Cik Nur Malina Mohd Rozani, 24 tahun, apabila kehilangan tunangnya, Allahyarham Shahrizuan Shukri.

Menurut laporan tempatan, arwah meninggal dunia akibat lemas di Sungai Pasir Pekan, Kelantan, pada 25 Mei 2023 – warga asal Tanah Merah, Kelantan itu sepatutnya bernikah dengan arwah pada 30 Jun.

Namun takdir Ilahi datang tanpa diduga dan mengubat duka Cik Amalina setelah dijodohkan dengan abang kepada arwah tunangnaya, Encik Shahron Shukri, pada 8 September 2023.

Menukil laporan media Malaysia, Cik Amalina menjelaskan kedua mempelai menerima keputusan keluarga dan bercinta selepas kahwin.

Beliau berkata: “Kisah saya dengan suami boleh dikatakan jodoh. Perjalanan cinta yang indah sebab semua atas ketentuan Allah dan terjadi begitu pantas. Jodoh yang tak pernah disangka dan kami bertemu dengan cara ini.

“Mak dan ayah arwah yang kini mentua amat sayangkan saya. Pada masa sama, saya bersyukur dipertemukan dengan orang baik sebab arwah selalu pesan dia sangat sayangkan saya.”

Disebabkan itu, beliau menambah ibu dan ayah arwah tidak mahu mensia-siakan Cik Amalina dan mengambil keputusan untuk jodohkannya dengan abang arwah kerana secara kebetulan juga, abang arwah masih membujang pada waktu itu.

“Alhamdulillah, Allah berikan segalanya. Rasa cukup, tenang dan semuanya yang baik-baik. Habis sudah kenangan saya dengan arwah, kini kehidupan saya dengan suami tercinta,” kata beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >