Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor Bahru diisytihar zon merah

Oct 30, 2020 | 07:26 PM



JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, Encik R. Vidyananthan mengumumkan daerah Johor Bahru kini diklasifikasikan sebagai Zon Merah bermula Khamis (29 Oktober)



Laman Utusan Malaysia menukil beliau sebagai berkatam maklumat menunjukkan kebanyakan kes di daerah ini melibatkan penularan dalam keluarga atau di tempat kerja. 



“Kerana sebahagian besar kelompok ini membabitkan penularan keluarga atau tempat kerja, Jabatan Kesihatan Negeri meletakkan institusi dan individu terbabit di bawah arahan pengawasan dan pemantauan di rumah.



“Penularan dalam keluarga membimbangkan apabila ahli keluarga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di dalam rumah seperti dilakukan di luar rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (30 Oktober).



Bagaimanapun, menurut beliau, keadaan di negeri ini masih terkawal dan semua perlu bertenang dan tidak menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat kurang tepat.



Encik Vidyananthan berkata, setakat ini tiga kelompok yang dikenal pasti di Johor Bahru ialah Kluster Kempas, Kluster Rinting dan Kluster Bayu.



Sehingga 29 Oktober, jumlah kes Kluster Kempas ialah 42 kes, Kluster Rinting mempunyai 10 kes manakala Kluster Bayu ada lapan kes.



Sehubungan itu, pihaknya mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP dalam norma baru untuk mengelakkan wabak Covid-19 daripada terus menular dalam kalangan masyarakat. – Utusan Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >