Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi arah langkah segera bantu mangsa banjir lahar dingin di Sumatera Barat

May 15, 2024 | 03:01 PM



JAKARTA: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo telah mengambil langkah proaktif menyusuli terjadinya bencana banjir lahar dingin, di Sumatra Barat.


Beliau mengarahkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) untuk segera menyelaraskan usaha bantuan dan pemulihan kawasan yang terjejas dek banjir lahar dingin di Sumatera Barat.

“Saya mengikuti terus dengan saksama perkembangan banjir yang terjadi di Kabupaten Tanah Datar, di Sumatera Barat.

“Dan saya telah memerintahkan Kepala BNPB untuk langsung ke sana dan sudah sampai ke sana,” kata Presiden Jokowi dalam keterangan tertulisnya, pada 15 Mei yang dipetik oleh Infobanknews.com.


Encik Jokowi turut menyampaikan keinginannya untuk segera berkunjung ke Sumatera Barat, bagi melihat sendiri tindak balas yang diberikan di samping menawarkan sokongan kepada masyarakat yang terjejas di sana. 

Namun, kunjungan tersebut masih perlu diatur kerana keadaan prasarana yang terkesan oleh bencana termasuk beberapa jalan yang rosak akibat tanah runtuh.

Banjir kilat lahar dingin melanda wilayah Sumatra Barat pada 11 Mei malam. Kejadian itu disebabkan hujan lebat di wilayah hulu Gunung Marapi. 

Empat daerah terjejas teruk akibat kejadian itu, antara lain, daerah Agam, Tanah Datar, Padang Panjang dan Padang Pariaman.

Berdasarkan keterangan BNPB sehingga 14 Mei 2024 pada 6.35 pagi waktu Indonesia Barat, angka korban akibat bencana tersebut mencecah 50 orang, 27 masih hilang, 37 mengalami luka, dan 3,396 orang terpaksa dipindahkan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >