Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Jokowi arah warga kerja pemerintah turunkan jangkitan Covid-19

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan warga kerja pemerintah supaya bersama menggerakkan komitmen menurunkan jumlah jangkitan Covid-19 di bawah 3,000 kes sehari.



Arahan itu bagi mengelak berlakunya gelombang ketiga pandemik di Indonesia.



CNN Indonesia melaporkan, pesanan Jokowi itu disampaikan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Encik Luhut Binsar Pandjaitan dalam sidang akhbar kelmarin.



Menurut beliau, langkah tersebut merujuk kepada hasil kajian berjudul 'Penjelasan Kedinamikan Gelombang Pandemik: Bagaimana Untuk 'Menjinakkan' Gelombang Penyakit Berjangkit'.



"Dalam kajian itu, disarankan agar jumlah kes dikekang pada kadar 10 kes bagi setiap sejuta penduduk sehari atau di Indonesia sekitar 2,700 atau 3,000 kes. Kita mampu lakukannya," katanya.



Beliau optimis perkara itu dapat dicapai jika keadaan semasa dapat dikekalkan.



Menurutnya, jumlah jangkitan Covid-19 setiap hari pada masa ini adalah sekitar 2,000.



Arahan Presiden Jokowi mengenai mengekang gelombang ketiga Covid-19 turut diperjelaskan Menteri Penyelaras Bidang Ekonomi, Encik Airlangga Hartarto dengan Presiden mahu semua pihak memberikan tumpuan kepada wilayah yang mencatatkan kadar vaksinasi rendah.



Menurutnya, perkara itu merujuk kepada wilayah Sumatera Barat dan Lampung.



Indonesia terus mencatatkan penurunan jangkitan Covid-19 dan merekodkan 1,932 kes baru Covid-19, iaitu angka terendah sejak Ogos tahun lalu.



Memetik portal Channel News Asia, data berkenaan dikeluarkan pasukan petugas Covid-19 negara itu.



Pemerintah Indonesia dilaporkan sudah melonggarkan sekatan berhubung Covid-19 di Pulau Jawa dan Bali.



Encik Luhut berkata Indonesia yang pernah menjadi pusat penularan Covid-19 Asia, merekodkan hampir 4.2 juta jumlah kes jangkitan dan lebih 140,000 kematian.



Katanya, kes baharu menunjukkan penurunan 98 peratus berbanding kemuncak kes pada Julai.



Jumlah kes baharu yang paling rendah dicatatkan pada 15 Mei lalu dengan 2,385 kes.



Kes positif mulai meningkat pada Jun dan mencapai puncaknya Julai lepas.



Berdasarkan data Pasukan Petugas Covid-19, kes tertinggi direkodkan pada 15 Julai dengan 56,757 kes.



Kadar peratusan ujian positif di bawah empat peratus pada bulan ini iaitu di bawah paras 5 peratus disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menentukan wabak terkawal.



Namun, Encik Luhut berkata peraturan kuarantin terutama di pintu masuk negara akan diperketatkan kerana masih ada risiko gelombang jangkitan baharu.



"Salah satu risikonya ialah dari luar negara kerana kes di negara jiran kita masih tinggi. Kita tidak mahu mengurangkan kawalan kita terhadap varian baharu," katanya dalam taklimat media secara maya.



Minggu lalu, Encik Luhut dilaporkan berkata, pemerintah mungkin mempertimbangkan kebenaran pelancong asing melawat Bali mulai Oktober ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >