Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jokowi bermalam, mula bertugas di ibu kota baru Nusantara

Jul 30, 2024 | 1:16 PM
Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dalam pos di Instagramnya pada 30 Julai memaparkan bilik tidurnya di Istana Negara IKN  - sebuah bangunan besar yang berfungsi sebagai kediaman rasmi Presiden Indonesia.
Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dalam pos di Instagramnya pada 30 Julai memaparkan bilik tidurnya di Istana Negara IKN - sebuah bangunan besar yang berfungsi sebagai kediaman rasmi Presiden Indonesia. - Foto INSTAGRAM JOKO WIDODO

JAKARTA: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo menghabiskan beberapa malam pertamanya di Istana Presiden Garuda di ibu negara baru Nusantara dalam usaha nyata untuk meleraikan kebimbangan mengenai pembangunan bandar yang lembap, walaupun beliau mengadu tidak dapat tidur malam yang nyenyak.

Presiden Jokowi yang akan tamat tempoh berkuasa tidak lama lagi mendakwa kemajuan Nusantara berjalan mengikut perancangan dan beliau telah menikmati “bekalan air, elektrik yang baik dan sambungan Internet”, semasa pertama kali berada di kediaman yang dibina dalam bentuk burung Garuda.

Kira-kira dua bulan sebelum tamat tempoh jawatan presidennya, projek mega Nusantara Encik Jokowi telah mengalami beberapa cabaran terhadap rancangannya untuk berpindah dan menyakinkan pelabur domestik dan antarabangsa.

Beberapa minggu selepas mengumumkan penangguhan pemindahan terbaru projek itu, akibat daripada infrastruktur utama yang tidak lengkap, Presiden Jokowi berangkat ke Nusantara untuk merasai pengalaman kediaman dan bekerja di Istana.

Beliau tiba di Kalimantan Timur pada 28 Julai, bersama sekumpulan selebriti, pempengaruh Internet dan anggota media.

“Saya hanya akan mengatakannya seadanya, saya tidak tidur lena. Mungkin kerana ini kali pertama saya... jadi saya belum boleh tidur lena,” kata Encik Jokowi kepada pemberita pada 29 Julai. Beliau kemudian menambah bahawa Istana baru itu telah menyediakannya dengan kemudahan yang baik.

Agenda kerja Encik Jokowi pada 29 Julai ialah pertemuan dengan Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Encuk Basuki Hadimuljono, yang juga pemangku ketua Lembaga Ibu Kota Nusantara (IKN).

Kedua-duanya membincangkan soal pelaburan dan penyertaan awam dalam projek mega itu, menurut satu kenyataan rasmi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg