Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jokowi lawat S’pura

Jun 6, 2023 | 7:58 PM
ENCIK JOKO WIDODO: Semasa pembukaan Sidang Puncak Asean Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia, pada Mei 2023.
ENCIK JOKO WIDODO: Semasa pembukaan Sidang Puncak Asean Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia, pada Mei 2023. - Foto REUTERS

PRESIDEN Indonesia, Encik Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi akan mengadakan lawatan ke Singapura pada Rabu bersama beberapa ahli kabinetnya.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching akan menjadi hos bagi Encik Jokowi dan Wanita Pertama Indonesia, Cik Iriana Joko Widodo dalam satu acara makan siang.

Dalam kenyataan pada Selasa, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata, Encik Jokowi akan menyampaikan satu ucapan khas semasa acara kemampanan tahunan Temasek, Ecosperity Week.

Kali terakhir Encik Jokowi mengadakan lawatan ke sini adalah pada Mac semasa Rahat Pemimpin.

Encik Jokowi dan isterinya turut menjadi hos kepada Encik Lee dan isterinya semasa Sidang Puncak Asean ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pada Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg