Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi puji peranan Nahdlatul Ulama galak toleransi melalui kesederhanaan agama

Feb 01, 2024 | 02:01 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menyatakan Nahdlatul Ulama (NU), pertubuhan Islam terbesar di negara ini, telah memberikan sumbangan besar kepada Pancasila dan keutuhan dan perpaduan nasional.


Beliau membuat kenyataan itu dalam ucapannya pada peringatan 101 tahun NU di Yogyakarta pada 31 Januari, yang dapat diikuti dalam talian menerusi saluran NU di YouTube.

“NU telah memberikan sumbangan yang luar biasa dalam menjaga republik ini, Pancasila, dan kesatuan dalam keragaman,” katanya, dipetik Tempo.Co.


Encik Jokowi mengucapkan tahniah kepada NU sempena 101 tahun kewujudannya dan beliau berterima kasih kepada pertubuhan itu atas komitmennya untuk mempertahan dan melindungi kewibawaan Indonesia.

Dalam ucapannya, Encik Jokowi turut menyatakan bahawa cara Indonesia menggalak toleransi melalui kesederhanaan agama telah memberi inspirasi kepada masyarakat antarabangsa.

“Ini adalah hasil komitmen dan kerja keras ulama dan santri (pelajar pondok pesantren) dari seluruh tanah air kita Indonesia,” katanya.

Encik Jokowi menggalakkan NU agar terus memberikan sumbangan demi membawa Indonesia ke masa depan yang lebih cerah.

Sempena memperingati ulang tahunnya yang ke-101, NU menggunakan tema, Meningkatkan Prestasi, Memimpin Indonesia Menuju Kegemilangan.


Seperti yang dipetik daripada laman web pertubuhan itu, Timbalan Pengerusi Badan Eksekutif Pusat NU, Encik Amin Said Husni, menjelaskan tema itu dipilih bagi menyerlahkan kepentingan sambutan ulang tahun itu dengan memperkukuh mutu prestasi pertubuhan NU.

Menurutnya, NU menyifatkan ulang tahun itu sebagai detik untuk mengukuhkan organisasi dan rangkaiannya dalam usaha membantu negara mencapai visi Indonesia Emas 2045.

Turut bersama Encik Jokowi di acara itu termasuk Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Agus Subiyanto; Ketua Polis Republik Indonesia (Polri) Listyo Sigit Prabowo; dan beberapa menteri.

Menteri Tenaga dan Infrastruktur Amiriah Arab Bersatu (UAE), Encik Suhail Al Mazrouei, turut menghadiri majlis tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >