Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tokoh agama perlu main peranan wujudkan keamanan dunia: Jokowi

Tekankan semasa Sidang Puncak Antarabangsa Penguasa Agama perang di era moden tidak masuk akal
Nov 27, 2023 | 02:46 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, sekali lagi menekankan peri penting mengukuhkan keamanan dunia dan mengatasi perbezaan, sambil menegaskan peranan agama dan tokoh agama dalam usaha itu.


Beliau menyatakan tokoh agama mempunyai peranan mencipta kerukunan dan kebersamaan, baik di dalam sesebuah negara mahupun dunia.

“Indonesia menyakini peranan agama, peranan tokoh agama dan masyarakat sangat penting dalam mencipta perdamaian,” ujar Encik Jokowi semasa menyampaikan ucapan di Sidang Puncak Antarabangsa Penguasa Agama R20 (ISORA) pada Isnin di Jakarta.

Beliau berkata keamanan tidak dapat diwujudkan jika tidak didukung oleh ajaran agama dan ia tidak akan dapat diwujudkan tanpa para pemimpin agama.

Encik Jokowi turut menegaskan bahawa tragedi kemanusiaan yang berlaku di Palestin tidak boleh diterima sama sekali dan mahu tindakan konkrit bagi mengatasi keadaan tersebut.

“Peranan agama dan pemimpin agama amat penting dalam mempromosikan dan mengukuhkan nilai-nilai perdamaian serta toleransi dalam masyarakat.

“Kita perlu bersama-sama menghubungkan jurang dalam mencipta dunia yang lebih aman dan harmoni,” ujar Encik Jokowi.

Beliau juga menyatakan kebimbangannya yang mendalam mengenai situasi di Palestin, dengan menegaskan bahawa keganasan dan tragedi yang berlaku harus dihentikan segera.

“Kita tidak boleh membiarkan tragedi kemanusiaan seperti di Palestin berterusan. Adalah tanggungjawab bersama kita untuk menghentikan penderitaan dan mencari jalan penyelesaian bagi perdamaian,” ujarnya.

Beliau berkata perang dan serangan secara nyata yang berlaku dalam era moden masa kini amat tidak masuk akal dan bertentangan dengan akal serta nurani.

“Sangat tidak masuk akal, memang tidak sampai ke nurani kita, di dunia yang sangat moden ini masih berlaku perang dan pembantaian secara terbuka,” ujarnya.

Beliau menekankan bahawa tragedi kemanusiaan yang berlaku di Palestin merupakan pembantaian yang terang-terangan dan telah mengorbankan nyawa rakyat awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Encik Jokowi menyatakan bahawa Indonesia percaya kemerdekaan adalah hak semua bangsa.

Forum R20 ISORA menghimpunkan tokoh agama dari pelbagai penjuru dunia dan bertujuan membincangkan dan mencari penyelesaian bagi isu-isu kemanusiaan dan konflik global.

Ia dianjurkan oleh Nahdlatul Ulama (NU), dengan salah satu fokus pembahasan forum ini terkait krisis kemanusiaan di Palestin.

Pengerusi NU, Encik Yahya Cholil Staquf, dalam ucapannya berkata: “Sejak R20 di Bali tahun lalu, para pemimpin agama terlibat telah mencapai kesepakatan untuk terus berjuang dalam menghadirkan agama sebagai sumber huraian bagi pelbagai masalah global.”

Menurutnya, R20 ISORA diharapkan dapat menghadirkan agama sebagai tunggak penyelesaian masalah kemanusiaan.

Encik Yahya menyatakan pertemuan itu diharap mencapai kesepakatan konkrit tentang tindakan bersama yang perlu diambil oleh masyarakat agama di seluruh dunia bagi pergolakan sejagat ketika ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >