Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jual senjata api: 2 lelaki warga S’pura ditahan di Manila

Apr 19, 2025 | 8:58 PM
Antara senjata api yang dirampas Pasukan Polis Filipina selepas satu operasi penyamaran yang dijalankan. Dua daripada tiga lelaki yang ditangkap adalah warganegara Singapura yang didakwa menjual senapang dan pistol.
Antara senjata api yang dirampas Pasukan Polis Filipina selepas satu operasi penyamaran yang dijalankan. Dua daripada tiga lelaki yang ditangkap adalah warganegara Singapura yang didakwa menjual senapang dan pistol. - Foto FACEBOOK KUMPULAN SIASATAN DAN PENGESANAN JENAYAH

Dua lelaki warga Singapura dan seorang lelaki warga Filipina adalah tiga suspek yang ditahan di Filipina kerana memiliki dan menjual senjata api secara haram, kata polis Filipina pada 19 April.

Mereka dikenal pasti sebagai “ejen perlindungan” dan telah ditangkap kerana memiliki 10 senjata api berasingan dan satu replika senjata api semasa operasi melibatkan polis yang menyamar di Valenzuela City di Metro Manila pada 17 April, kata Kumpulan Siasatan dan Pengesanan Jenayah (CIDG), Pasukan Polis Filipina.

Dalam operasi itu, beberapa pegawai polis yang menyamar sebagai pembeli empat senjata api daripada ketiga-tiga individu ini memperdaya mereka sebelum akhirnya memberkas mereka, lapor The Straits Times (ST).

Warga Singapura yang terbabit dikatakan telah berulang kali mengunjungi Filipina sebagai pelancong, kata CIDG.

Polis telah berusaha menjejak tiga lelaki ini selama berbulan lamanya selepas maklumat tentang jenayah mereka di merata wilayah berdekatan Manila diperolehi.

Perkara ini berlaku di tengah-tengah tindakan keras yang diambil pihak berkuasa Filipina terhadap kumpulan bersenjata dan sesiapa yang memiliki senjata api.

Ketika ditemui media Filipina dalam satu sidang pihak polis, kedua-dua warga Singapura itu enggan mengulas tentang tindakan mereka.

Antara 12 Januari lalu hingga 11 Jun, pihak berkuasa Filipina telah menguatkuasakan larangan bagi orang awam membawa senjata api di luar kediaman atau tempat perniagaan mereka untuk mengurangkan keganasan menjelang pilihan raya negara itu pada 12 Mei.

Antara 10 senjata api yang dirampas daripada tiga lelaki itu adalah empat senapang M-15, senapang kecil MK-9, senapang 9 milimeter MKG, dan enam pistol.

Tiga lelaki ini telah pun didakwa atas kesalahan melanggar akta senjata api dan peluru.

Setiap orang berdepan dengan hukuman penjara 40 tahun jika didapati bersalah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg