Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nota suara dakwa kes Covid-19 di M’sia serius adalah palsu

Dec 4, 2023 | 1:26 PM
JANGAN SEBAR: Nota suara yang berkongsi maklumat lama mengenai wabak Covid-19 tular di aplikasi WhatsApp dan mencetuskan resah dalam kalangan orang ramai.
JANGAN SEBAR: Nota suara yang berkongsi maklumat lama mengenai wabak Covid-19 tular di aplikasi WhatsApp dan mencetuskan resah dalam kalangan orang ramai. - Foto FACEBOOK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon orang ramai tidak menyebarkan nota suara palsu yang mendakwa katil wad hospital penuh, manakala kes kematian di luar hospital atau ‘brought in dead’ (BID) akibat Covid-19 meningkat.

Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi KKM menegaskan, nota suara yang kembali tular di aplikasi WhatsApp itu adalah rakaman lama yang pernah ditularkan pada 2021.

Kenyataan KKM menyebut rakaman itu disebarkan secara berleluasa menerusi aplikasi WhatsApp dan menimbulkan keresahan awam.

“Sehubungan itu, orang ramai dimohon untuk tidak menyebarkan berita palsu ini yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat serta sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak Covid-19 yang masih kekal di sekeliling kita.

“Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, Elak 3S, lakukan ujian Covid-19 sekiranya bergejala.

“Dapatkan vaksin Covid-19 termasuk dos penggalak serta dapatkan rawatan awal dan antivirus Paxlovid sekiranya positif Covid-19,” menurut kenyataan itu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 4 Disember.

Ringkasan 3W bermaksud kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan amaran daripada KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

Elak 3S ialah tidak mengunjungi kawasan sesak, sempit serta berbual pada jarak dekat.

Rakaman nota suara itu turut mendakwa penularan wabak baru dari Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa.

Sementara itu, BHM pada 3 Disember melaporkan sebanyak 3,626 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 November 2023, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata majoriti kes iaitu 48 peratus membabitkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.

Beliau berkata kes mingguan Covid-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 pada setiap minggu sejak ME 41/2023 hingga ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus.

Dr Muhammad Radzi berkata terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dilaporkan dengan 121 kes terlibat dalam kluster berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg