Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Jumlah trafik ke laman berita Australia junam dek sekatan Facebook

Feb 20, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Jumlah trafik pengguna ke laman berita Australia menjunam sekitar 13 peratus selepas Facebook Inc menyekat kandungan mereka di wadah media sosial minggu ini.



Demikian menurut data awal yang menunjukkan kesan syarikat Amerika Syarikat itu terhadap pasaran tempatan.



Data yang dilaporkan syarikat analitik yang berpangkalan di New York, Chartbeat, menunjukkan bahawa trafik yang meningkat ke laman berita dari Google terjejas oleh trafik yang berkurangan dari Facebook.



"Malangnya, ketiadaan Facebook mengakibatkan jumlah trafik pengguna yang berkurangan: Apabila jumlah trafik Facebook kurang, trafik pengguna secara keseluruhan tidak berpindah ke wadah lain," menurut jurucakap Chartbeat.



Data Chartbeat itu, yang membandingkan kededua trafik domestik dan asing yang menggunakan 250 laman berita Australia antara Rabu lalu hingga kelmarin, menunjukkan kesan jelas langkah Facebook itu.



Firma media sosial gergasi itu menyekat pengguna daripada berkongsi atau membaca berita dari penerbit Australia di wadahnya itu kerana membantah undang-undang yang menetapkan bahawa Facebook dan Google perlu membayar untuk mendapatkan kandungan berita.



Google dan Facebook telah memulakan kempen sebelum ini untuk membantah undang-undang itu, yang dijangka diluluskan di parlimen dalam beberapa hari.



Kededuanya mengancam untuk menghentikan khidmat di Australia.



Bagaimanapun, Google telah membuat perjanjian awal dengan beberapa cawangan media sebelum itu.



Trafik secara keseluruhan ke laman berita Australia dari wadah berbeza yang digunakan di luar negara itu merosot sebanyak 30 peratus, menurut data Chartbeat.



Syarikat analitik itu berkata peratusan trafik di Australia ke laman berita melalui carian Google meningkat sekitar 26 peratus sehari sebelum sekatan itu hingga 34 peratus selepas itu, manakala trafik dari Facebook jatuh dari sekitar 21 peratus kepada dua peratus.



Ia tidak boleh mendedahkan penerbit yang terangkum dalam data tersebut, katanya.



Data Chartbeat itu juga mendapati bahawa peratusan trafik ke laman berita dari Facebook di luar Australia merosot ke empat peratus berbanding 30 peratus sebelum itu.



Sementara itu, carian Google meningkat dari 38 peratus kepada 52 peratus.



Jurucakap Chartbeat mendedahkan bahawa pengguna laman berita Australia dari luar negara mengunjunginya melalui Facebook, dan data sejarah menunjukkan sekitar 15 peratus kunjungan ke laman berita Australia didorong melalui Facebook berbanding 12 peratus kunjungan ke laman penerbit global.



Kajian Universiti Canberra pada 2020 mendapati 21 peratus warga Australia menggunakan media sosial sebagai sumber berita utama dan 39 peratus menggunakan Facebook untuk mendapatkan berita. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >