Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Kadar penghunian hotel Makkah cecah 80 peratus

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



MAKKAH: Sektor hotel dan penginapan di Makkah menyaksikan lonjakan pada musim Ramadan 2023, apabila kadar penghunian hotel mencapai 80 peratus, tertinggi dalam tempoh tiga tahun.



Kadar itu selaras dengan data dikeluarkan Jawatankuasa Haji dan Umrah Dewan Makkah.



Harga hotel pada bulan mulia ini turut menyaksikan kenaikan berikutan permintaan tinggi terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.



Tinjauan oleh perniagaan Al-Eqtisadiah mengenai tempahan bilik hotel di kawasan tengah Makkah sepanjang 10 hari terakhir Ramadan mendapati harga berkisar antara SR3,000 ($1,061) dengan SR9,000 sehari dengan syarat tempahan adalah untuk keseluruhan 10 hari terakhir.



Pengerusi Jawatankuasa Haji dan Umrah Dewan Makkah, Abdullah Al-Qadi, berkata harga bilik hotel di Makkah tertakluk kriteria tertentu, keutamaan disebabkan penawaran dan permintaan, selain kedudukan berdekatan dengan Masjidil Haram dan perkhidmatan disediakan.



Memetik laporan Saudi Gazette, beliau berkata, apa yang membezakan harga bilik hotel di Makkah adalah lokasi terutama hotel di kawasan tengah, yang mana harganya mencatatkan kenaikan secara beransur-ansur apabila menjelang musim Ramadan, dan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 hari terakhir.



Kementerian Pelancongan Arab Saudi telah bekerja dengan penuh ketelusan bersama para pelabur dalam sektor penginapan di Makkah, demi merancakkan semula sektor itu setelah pandemik Covid-19, katanya.



Encik Al-Qadi berkata kementerian itu telah memperbaiki dan menangani segala cabaran yang dihadapi para pelabur.



Ini termasuk mengadakan pertemuan dan rundingan bagi menangani masalah-masalah yang menghambat perkembangan industri, dan telah dapat membantu sektor tersebut segera pulih.



Beberapa pekerja dalam sektor itu mengesahkan lonjakan harga penginapan, selepas pandemik Covid-19.



Mereka menarik perhatian bahawa kadar harga bilik penginapan di pusat bandar Makkah adalah antara SR35,000 hingga SR55,000, tetapi sekarang mencecah SR45,000 hingga SR90,000 untuk 10 hari terakhir bulan Ramadan.



Lonjakan harga itu adalah ekoran kenaikan kos operasi, ditambah pula dengan kenaikan harga makanan dan permintaan yang bertambah.



Para pekerja juga berkata bahawa musim Ramadan ini menyaksikan terlalu ramai pengunjung, terutama selepas kelonggaran mendapatkan visa dan kemudahan yang ditawarkan oleh Arab Saudi kepada para jemaah dari luar negara.



Inilah yang mendorong kepada bertambahnya permintaan bagi bilik penginapan di kawasan pusat Makkah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >