Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kamala gesa Hamas setuju gencatan senjata

Turut desak Israel tingkat bantuan ke Gaza
yang dilanda malapetaka kemanusiaan
Mar 04, 2024 | 12:45 PM



KAHIRAH/RAFAH (Gaza): Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, pada 3 Mac menggesa Hamas supaya bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta selama enam minggu, sambil mendesak Israel agar meningkatkan penghantaran bantuan ke Gaza, yang dilanda “malapetaka kemanusiaan”.


Dalam beberapa komen paling lantang oleh pemimpin kanan pemerintah Amerika mengenai isu itu, Cik Harris mendesak pemerintah Israel dan secara khusus menggariskan bagaimana lebih banyak bantuan boleh disalurkan ke kawasan padat penduduk yang menghadapi kebuluran, selepas lima bulan kempen ketenteraan Israel.

“Memandangkan skala penderitaan yang besar di Gaza, mesti ada gencatan senjata segera,” kata Cik Harris semasa satu acara di Selma, Alabama.

“Terdapat perjanjian di atas meja, dan seperti yang telah kami katakan, Hamas perlu bersetuju dengan perjanjian itu. Mari laksanakan gencatan senjata.

“Rakyat Gaza sedang kelaparan. Keadaannya sungguh tidak berperikemanusiaan, dan memaksa kita untuk bertindak... Pemerintah Israel mesti melakukan lebih banyak lagi untuk meningkatkan aliran bantuan dengan ketara. Tiada lagi alasan.”

Pada 3 Mac, delegasi Hamas tiba di Kahirah untuk pusingan terkini rundingan yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai halangan terakhir untuk gencatan senjata, tetapi tidak jelas sama ada sebarang kemajuan telah dicapai.

Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth, versi dalam taliannya melaporkan bahawa Israel memboikot rundingan itu selepas Hamas menolak permintaannya untuk senarai lengkap tebusan yang masih hidup.


Washington telah menegaskan perjanjian gencatan senjata sudah semakin hampir dan telah mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan menjelang permulaan Ramadan, yang tinggal seminggu lagi.

Seorang pegawai Amerika pada 2 Mac berkata Israel telah bersetuju dengan rangka kerja perjanjian.

Jika menjadi kenyataan, gencatan senjata itu adalah yang kedua selepas yang pertama berlangsung seminggu sepanjang perang yang telah berlarutan selama lima bulan.

Seperti gencatan senjata pertama, berpuluh-puluh tebusan yang ditahan Hamas akan dibebaskan sebagai balasan kepada pembebasan ratusan tahanan Palestin.

Satu sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan itu berkata pada 2 Mac bahawa Israel boleh menjauhkan diri daripada rundingan di Kahirah melainkan Hamas terlebih dahulu membentangkan senarai penuh tebusan yang masih hidup.

Sumber Palestin memberitahu Reuters bahawa Hamas setakat ini menolak tuntutan tersebut.


Selepas delegasi Hamas tiba, seorang pegawai Palestin memberitahu Reuters bahawa perjanjian itu “masih belum dicapai”.


Tiada komen rasmi daripada Israel.

Dalam langkah diplomatik lain, anggota Kabinet perang Israel, Encik Benny Gantz, akan bertemu Cik Harris di Rumah Putih pada 4 Mac, dan Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, di Washington pada 5 Mac.

Duta Amerika, Encik Amos Hochstein, pula akan melawat Beirut pada 4 Mac untuk meneruskan usaha meredakan konflik merentasi sempadan Lebanon-Israel.

Rakyat Palestin berdepan krisis kekurangan makanan yang mendesak dan bedilan bertubi-tubi tentera Israel dalam pertempuran berterusan di wilayah Palestin ketika rundingan damai berjalan di Kahirah, Mesir.

Dalam serangan terkini, Israel bertindak membedil trak bantuan di Gaza sehingga mengorbankan beberapa orang, namun pihak tentera menafikan trak itu membawa bantuan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >