Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kamala Harris batal lawatan ke S’pura ekoran kebakaran di California

Jan 10, 2025 | 4:41 PM
Lawatan yang dibatalkan oleh Cik Kamala Harris mungkin merupakan lawatannya yang terakhir sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada 20 Januari.
Lawatan yang dibatalkan oleh Cik Kamala Harris mungkin merupakan lawatannya yang terakhir sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada 20 Januari. - Foto EPA-EFE

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, telah membatalkan lawatannya ke Singapura, Bahrain dan Jerman ekoran kebakaran hutan yang berterusan di California, kata Rumah Putih pada 9 Januari.

Ini berlaku selepas Presiden Joe Biden membuat keputusan yang serupa sehari sebelumnya (8 Januari).

Encik Biden telah membatalkan lawatan ke Italy di mana beliau dijadual bertemu Pope Francis; Presiden Italy, Encik Sergio Mattarella; dan Perdana Menteri Italy, Encik Giorgia Meloni.

“Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan yang bersejarah di Los Angeles ini, Naib Presiden telah membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau dan suaminya ke Singapura, Bahrain dan Jerman yang akan datang,” kata Rumah Putih pada 9 Januari.

Pembatalan lawatan Cik Harris, yang berasal dari California, mungkin merupakan lawatannya yang terakhir sebagai naib presiden sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada 20 Januari.

Los Angeles berdepan dengan kebakaran hutan terburuk dalam sejarahnya yang setakat ini telah mengorbankan lima individu, membawa kepada pemindahan 180,000 penduduk dan memusnahkan 12,550 hektar tanah.

Encik Biden, yang mengisytiharkan satu bencana besar di California, telah bertemu pegawai tertinggi pentadbiran pada petang 9 Januari untuk membincangkan tindak balas persekutuan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg