Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naib Presiden AS Kamala Harris lawat S’pura 15 Jan

Lawatan beliau cermin perkongsian yang lama terjalin, bermakna dan berbilang aspek antara S’pura dengan AS
Jan 8, 2025 | 12:20 PM
Rumah Putih berkata Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, akan bertemu dengan para pemimpin Singapura dan melawat Pangkalan Tentera Laut Changi semasa berada di negara ini pada 15 Januari.
Rumah Putih berkata Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, akan bertemu dengan para pemimpin Singapura dan melawat Pangkalan Tentera Laut Changi semasa berada di negara ini pada 15 Januari. - Foto AFP

Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala D. Harris, akan membuat Lawatan Kerja ke Singapura pada 15 Januari 2025.

Beliau akan ditemani suaminya, Encik Douglas Emhoff, dan pegawai kanan Amerika, menurut jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan pada 8 Januari.

“Lawatan Cik Harris adalah cerminan perkongsian yang telah lama terjalin, bermakna dan berbilang aspek antara Singapura dengan Amerika Syarikat,” kata jurucakap MFA dalam kenyataan itu.

Semasa lawatannya, Cik Harris akan mengunjungi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, di Istana, tambah kenyataan itu.

Beliau juga akan melawat Pangkalan Tentera Laut Changi dan bertemu dengan kakitangan perkhidmatan Amerika.

Lawatan ke Singapura itu adalah sebahagian daripada persinggahannya dalam perjalanannya ke Eropah, Timur Tengah dan Asia dari 13-17 Januari.

Beliau juga akan singgah di Manama, Bahrain, dan Spangdahlem, Jerman, kata Rumah Putih, seperti yang dilaporkan oleh Reuters.

“Sepanjang perjalanannya, naib presiden akan membincangkan pencapaian pentadbiran Biden-Harris sepanjang empat tahun lalu di setiap rantau, perkongsian Amerika dengan negara masing-masing, sumbangan pasukan tentera Amerika kepada keselamatan serantau dan sejagat, dan kepentingan keselamatan negara Amerika yang berkekalan,” kata Rumah Putih.

Ia menambah bahawa Cik Harris akan berhubung dengan anggota perkhidmatan Amerika semasa lawatan kerja itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg