Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kanak-kanak pesakit ginjal bimbang tidak dapat temui keluarga semula

Dec 26, 2023 | 12:17 PM



RAFAH (GAZA): Nassem Mohra, seorang pesakit ginjal berusia 10 tahun, bimbang dia mungkin tidak dapat bertemu keluarganya lagi setelah ayahnya, ditangkap askar Israel ketika beliau membawa anaknya itu ke sebuah hospital di selatan Gaza bagi rawatan dialisis kecemasan.


Seorang jiran, Encik Adel Haniyeh, membawa Nassem, yang memerlukan rawatan dialisis tetap, ke Hospital Abu Yousef Al Najjar di Rafah pada 24 Disember, setelah kanak-kanak itu terpisah daripada keluarganya akibat pengeboman hebat Israel ke atas Gaza.

“Saya takut mati sebelum bertemu keluarga dan saudara-mara, serta adik-beradik saya,” kata Nassem, dengan wayar di badannya terhubung ke sebuah mesin dialisis.

“Saya mahu perang ini berakhir supaya kami dapat kembali ke rumah kami dan saya dapat hidup seperti biasa semula,” ujarnya, sambil menambah bahawa sudah beberapa minggu dia tidak bertemu ibunya.

Encik Haniyeh berkata beliau dalam perjalanan ke selatan Gaza bersama anak-anaknya apabila dia ternampak Nassem dan bersetuju menjaganya.

Ayah Nassem ditahan di satu sekatan tentera Israel, kata Encik Haniyeh.

“Budak ini dalam keadaan teruk. Dia memerlukan makanan khas, keadaannya sangat buruk. Kami tidur di masjid, dan kami datang ke sini (setiap hari) dengan kereta sorong keldai,” kata Encik Haniyeh, menceritakan mereka harus menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan dialisis.

Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan pengeboman Israel ke atas jalan utama di seluruh Gaza menghalang pergerakan ambulans dan kenderaan kecemasan lain.

Doktor di hospital di Rafah, berdekatan sempadan dengan Mesir, berkata kekurangan bahan bakar dan bekalan perubatan membuat keadaan kerja di situ sangat sukar.

“Kami mempunyai 17 katil untuk dialisis, biasanya bagi keperluan 120 pesakit, tetapi kini 350 pesakit terpaksa menggunakan katil-katil ini,” kata Dr Ihab Masher, ketua jabatan dialisis ginjal, sambil menambah bahawa penggunaan berlebihan peralatan dialisis menyebabkan ia rosak setiap hari.

“Malangnya, kami kehilangan pesakit setiap hari,” kata Dr Masher. “Saya berharap Tuhan akan mengakhiri semua ini dan keadaan akan pulih segera.”

Kementerian Kesihatan di Gaza, yang dikuasai Hamas, berkata serangan udara Israel pada malam 24 Disember membunuh sekurang-kurang 70 penduduk di Kem Pelarian Al-Maghazi, manakala Israel berkata ia sedang “menyemak insiden itu”.

Kementerian itu juga berkata 10 orang sekeluarga terkorban dalam serangan Israel ke atas kediaman mereka di kem Jabalia di utara Gaza.

Selain itu, 18 orang maut apabila Khan Younis dibedil Israel semalaman. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >