Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal pelancong karam di Indonesia, semua penumpang diselamatkan

Jul 23, 2023 | 10:51 AM
DISELAMATKAN: Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan semua pelancong dari Malaysia yang berada di kapal yang berlayar di perairan Manggarai Barat.
DISELAMATKAN: Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan semua pelancong dari Malaysia yang berada di kapal yang berlayar di perairan Manggarai Barat. - Foto TRIBRATA NEWS MANGGARAI BARAT

JAKARTA: Semua tujuh pelancong dari Malaysia berjaya diselamatkan selepas kapal pelancong yang dinaiki mereka karam di perairan Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur, pada 22 Julai.

Insiden berlaku pada 11.45 pagi waktu Indonesia dan membabitkan sebuah kapal jenis Phinisi atau kapal layar kecil di perairan Pantai Pink, Pulau Komodo, Labuan Bajo.

Kapal terbabit dilaporkan berlayar dari Manta Point menuju Pantai Pink sebelum mengalami masalah enjin lalu tenggelam dalam pusaran air semasa ditunda oleh sebuah kapal lain.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan kesemua mangsa yang terbabit dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital,” menurut kedutaan dalam satu kenyataan.

Pihak kedutaan juga berhubung rapat dengan mangsa serta pihak berkuasa tempatan dan memberikan bantuan konsular sewajarnya menerusi talian +62813-8081-3036. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg