Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal perang AS lalui Selat Taiwan, China beri amaran

Jan 25, 2024 | 03:19 PM



BEIJING: Sebuah kapal pemusnah Angkatan Laut Amerika Syarikat melalui Selat Taiwan yang sensitif pada 24 Januari menyusuli pilihan raya presiden dan parlimen pulau itu, menimbulkan kemarahan Beijing.


Angkatan Laut Amerika berkata USS John Finn melalui sebuah koridor di Selat Taiwan yang “melebihi wilayah laut sembarang negara pantai”.


“Transit USS John Finn melalui Selat Taiwan menunjukkan komitmen Amerika Syarikat untuk menegakkan prinsip kebebasan pelayaran bagi semua negara,” katanya dalam satu kenyataan.


“Tiada anggota masyarakat antarabangsa seharusnya digertak atau dipaksa untuk melepaskan hak dan kebebasan mereka,” tambah kenyataan itu.

Tentera China berkata misi itu adalah “gembar-gembur awam” dan tenteranya memantau serta memberi amaran kepada kapal itu.

“Baru-baru ini, tentera Amerika sering melakukan tindakan provokatif untuk merosakkan keamanan dan kestabilan serantau secara jahat,” kata Tentera Pembebasan Rakyat China dalam satu kenyataan.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata kapal itu belayar ke arah selatan melalui selat itu dan menambah bahawa ia memantau pergerakan itu dan situasi adalah “normal”.


Pelayaran terakhir kapal perang Amerika melalui selat itu yang diumumkan ialah pada awal November 2023, dengan disertai sebuah frigat Canada.

Transit terbaru ini berlaku ketika perwakilan Republikan, Encik Mario Diaz-Balart, dan perwakilan Demokrat, Encik Ami Bera, melawat Taipei bagi menunjukkan sokongan selepas pilihan raya Taiwan pada 13 Januari.

Mereka kumpulan pertama anggota Dewan Kongres Amerika melawat Taipei sejak Encik Lai Ching-te daripada Parti Progresif Demokratik memenangi pilihan raya presiden.

Dalam pertemuan bersama mereka pada 25 Januari, Encik Lai, yang akan mengambil alih jawatan pada 20 Mei, berkata beliau berharap Amerika terus memberi sokongan kukuh kepada Taiwan.

“Saya berharap Amerika dapat terus memberi sokongan kukuh kepada Taiwan, meningkatkan kerjasama, hubungan dua hala dan bekerjasama dengan rakan demokratik lain untuk memastikan keamanan dan kemakmuran di rantau ini,” katanya.


Sepanjang empat tahun kebelakangan, China, yang menganggap Taiwan wilayahnya, sering menghantar pesawat dan kapal perang berdekatan Taiwan untuk menegaskan tuntutannya ke atas pulau itu, yang ditolak pemerintah Taipei. – Reuters.

Minggu lalu, Kementerian Pertahanan Taiwan berkata ia mengesan 18 pesawat tentera udara China beroperasi di sekitar pulau itu dan menjalankan “rondaan siap tempur bersama” kapal perang China, iaitu kegiatan ketenteraan besar pertama selepas pilihan raya Taiwan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >