Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kastam Sabah rampas lebih 100kg syabu bernilai RM3j

Jul 31, 2023 | 06:15 PM



KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Sabah telah merampas lebih 100 kilogram syabu bernilai kira-kira RM3 juta ($880,000) yang disembunyikan di dalam bungkusan serbuk pencuci di pelabuhan Sepanggar di sini.


Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan berkata bahawa sepasukan pegawai jabatannya yang bertindak atas maklumat telah memeriksa sebuah kontena di Pelabuhan Sepanggar sekitar 5 petang pada 26 Julai dan menemui sembilan kotak yang disyaki berisi dadah.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut ke atas kotak itu menemui 101.51 kilogram dadah jenis methamphetamine atau syabu yang dibungkus dalam bungkusan serbuk pencuci.

PIhaknya percaya taktik tersebut merupakan modus operandi sindiket dadah untuk mengelirukan anggota agensi penguatkuasaan.

Datuk Zazuli berkata dadah itu disembunyikan di dalam paket serbuk pencuci berjenama ‘Anchor’ dan diisytiharkan sebagai serbuk dobi, sambil menambah bahawa barangan itu telah dicampur dengan barangan lain dalam kontena.

“Kontena itu tiba dari Pelabuhan Klang, dialamatkan ke sebuah pangsapuri di Likas yang ternyata kosong. Tiada tangkapan dibuat setakat ini kerana siasatan sedang giat dijalankan dan kami masih cuba mengenal pasti penghantar dan penerima kontena serta suspek lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan di Sepanggar di sini pada Ahad.

Datuk Zazuli berkata rampasan dadah itu adalah yang terbesar oleh jabatannya di Sabah tahun ini, dan setakat 25 Julai, tidak termasuk 100 kilogram syabu, ia telah merampas 122.91 kilogram dadah bernilai sekitar RM7.6 juta. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >