Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keadaan reda susuli rusuhan, perisytiharan darurat di Papua New Guinea

Jan 12, 2024 | 12:03 PM



SYDNEY: Askar dan polis meronda di jalan-jalan yang sepi di Port Moresby pada pagi 12 Januari sedang orang ramai beratur panjang untuk membeli minyal, sehari selepas Papua New Guinea mengisytiharkan darurat sebagai tindak balas terhadap rusuhan dan keganasan besar yang tercetus.


Perdana Menteri Papua New Guinea, Encik James Marape, mengisytiharkan darurat selama 14 hari pada lewat 11 Januari, menggantung beberapa pegawai dan meletakkan lebih 1,000 anggota tentera dalam keadaan bersiap sedia.

Ini menyusuli satu bantahan pegawai polis dan kakitangan sektor awam mengenai gaji pada 10 Januari yang berubah menjadi rusuhan dan penjarahan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang.

Bandar itu kembali ke keadaan “normal baru” pada pagi 12 Januari, dengan polis dan askar mengawal di jalan dan deretan panjang kenderaan di kedai minyak, kata Encik Matt Cannon, ketua cawangan perkhidmatan bencana tempatan St John Ambulance.

“Kami menjangka pasar raya dibuka semula hari ini dan saya mendengar mereka telah meningkatkan kawalan keselamatan untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai,” kata Encik Cannon, lapor agensi berita, Reuters.


Rusuhan tercetus apabila polis dan penjawat awam lain melancarkan mogok pada 11 Januari berhubung pemotongan gaji, yang kemudiannya dipersalahkan oleh pegawai sebagai kesilapan pentadbiran.

Beberapa jam kemudian, ribuan orang memenuhi jalan-jalan, menjarah dan merusuh, dengan kelihatan asap dan bangunan terbakar.

Sekumpulan perusuh juga cuba memecah pagar di luar pejabat perdana menteri.

Sembilan orang terbunuh dalam rusuhan di ibu kota Port Moresby dan tujuh terbunuh di Lae, di utara negara itu, menurut laporan stesen penyiaran Australia, ABC, pada 11 Januari, yang memetik sumber polis.


Tetapi keadaan sunyi pada 12 Januari apabila seorang pekerja, Encik Eddie Allo, menaiki bas untuk bekerja di Hospital Besar Port Moresby.

Kebanyakan kenderaan di jalan raya adalah milik pemerintah dan ramai orang kekurangan minyak kerana kedai minyak ditutup, katanya.

“Semuanya terhenti sekarang,” kata Encik Allo melalui telefon.

“Tidak ramai orang berada di jalan dan polis serta askar berkawal di sekitar kawasan dengan berjalan kaki. Tiada penjarahan berlaku,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >