Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran Algeria merebak, kepanasan melampau ragut 34 nyawa

Jul 25, 2023 | 03:30 PM



ALGIERS: Kebakaran hutan yang marak di Algeria semasa berlakunya gelombang panas telah membunuh lebih 30 orang dan memaksa pemindahan besar-besaran, kata pemerintah negara Afrika utara itu pada Isnin.


Ketika suhu mencecah 48 darjah Celcius, negara itu merekodkan 97 kebakaran di 16 wilayah yang menjadi marak akibat ditiup angin kencang, kata Kementerian Dalam Negeri.

Kebakaran itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk 10 askar, ketika kebakaran itu merebak ke kawasan perumahan, tambah kementerian itu, sambil menyemak semula jumlah kematian 15 orang sebelum ini.

Menurut angka awal tersebut, sekurang-kurangnya 26 orang turut cedera.

Kira-kira 1,500 orang telah dipindahkan dari wilayah Bejaia, Bouira, dan Jijel di timur ibu kota Algiers, menurut kementerian itu. Tiga wilayah di kawasan pantai Mediterranean Algeria itu telah mengalami kebakaran paling teruk.

Presiden Algeria, Encik Abdelmadjid Tebboune, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga si mati.

Kementerian itu berkata bahawa 7,500 anggota bomba dan 350 kereta bomba telah dikerahkan dengan sokongan udara untuk memadamkan api.

Operasi sedang dijalankan untuk memadamkan kebakaran di enam wilayah, tambahnya, sambil menggesa rakyat negara itu supaya “mengelakkan kawasan yang terjejas oleh kebakaran” dan melaporkan kebakaran baru pada pihak berkuasa.

“Perkhidmatan perlindungan awam kekal dikerahkan sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya,” kata kementerian itu.

Pejabat pendakwa raya Bejaia telah mengarahkan siasatan awal untuk mengenal pasti punca kebakaran dan potensi pelaku kebakaran, katanya dalam satu kenyataan.

Imej yang dikongsi media tempatan menunjukkan kawasan padang dan hutan hangus terbakar di kawasan itu, serta kenderaan hangus dengan bahagian hadapan kedai musnah akibat kebakaran.

Di wilayah timur laut Tizi Ouzou, 15 kebakaran telah dipadamkan lewat Ahad, menurut pasukan perlindungan awam.

Kebakaran kerap berlaku di kawasan hutan dan padang di Algeria pada musim panas, namun pada 2023 kebakaran itu telah diburukkan lagi oleh gelombang panas yang menyaksikan beberapa negara Mediterranean lain mencapai rekod suhu tertinggi. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >