Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran Bromo sebabkan kerugian 89.8b rupiah

Beberapa gunung lain di Jawa juga dilapor terbakar akibat kemarau, aktiviti manusia
Sep 28, 2023 | 05:54 PM



Indonesia mengalami kerugian pendapatan pelancongan berbilion rupiah selepas kebakaran besar melanda Gunung Bromo di Jawa Timur awal bulan ini dan memaksa pengurusannya menutup destinasi pelancongan popular itu kepada pengunjung selama 13 hari.

“Sektor pelancongan dan ekonomi kreatif kehilangan 6.9 bilion rupiah sehari ($608,600) dalam perbelanjaan pelancong dan penjualan tiket, sehingga menyebabkan kerugian keseluruhan 89.76 bilion rupiah selepas kami terpaksa menutup taman negara Bromo Tengger Semeru selama 13 hari berikutan kebakaran,” kata kakitangan pakar Kementerian Pelancongan dan Kreatif Nia Niscaya dalam taklimat akhbar mingguan pada Isnin.

Kebakaran bermula pada 6 September selepas sepasang suami isteri menggunakan mercun suar untuk penggambaran praperkahwinan mereka di tanah tinggi di kawasan savana yang digelar pelancong sebagai Bukit Teletubbies.

Suar itu mencetuskan kebakaran di hamparan rumput kering savana yang mudah terbakar pada musim kemarau yang berpanjangan. Kebakaran itu menjejas kawasan seluas 540 hektar di gunung itu menjadikan savana hitam terbakar yang merangkumi tiga wilayah; Malang, Pasuruan, dan Probolinggo.

Kebakaran itu berlaku selepas gunung berapi setinggi 2,329 meter itu turut terbakar sebelumnya dan ditutup buat sementara dua kali seminggu lebih awal.

Pasangan itu telah disoal siasat oleh polis dan diisytiharkan sebagai saksi. Kru penganjur perkahwinan turut diisytiharkan sebagai saksi, manakala polis mengisytiharkan pengurus penganjur perkahwinan sebagai suspek dalam kejadian itu.

Pengurus itu yang dikenali dengan nama AP boleh berdepan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun dan perlu membayar denda sehingga 1.5 bilion rupiah.

Pasangan pengantin itu telah mengadakan kunjungan dan memohon maaf kepada suku kaum Tengger yang tinggal di kawasan tanah tinggi Bromo dan menganggap gunung itu sebagai tempat suci.

Orang Tengger membentuk komuniti Hindu terbesar di Jawa dan mereka mengadakan upacara tahunan untuk kesyukuran dan memohon keberkatan dengan menawarkan beras, ternakan, dan hasil tani ke kawah Gunung Bromo.

Pemimpin adat masyarakat Tengger pada 19 September mengadakan upacara Semeningah di desa Wonokitri di Kabupaten Pasuruan untuk meminta izin dewa untuk membuka kembali Bromo. Pasuruan adalah salah satu daripada empat kabupaten atau daerah di sekitar Bromo yang berfungsi sebagai pintu masuk ke gunung.

Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan (LHK) Cik Siti Nurbaya Bakar berkata kementeriannya akan melibatkan pakar dari Institut Pertanian Bogor (IPB) dan Universiti Gadjah Mada (UGM) dalam usaha pemulihan Bromo.

“Apa yang penting sekarang ialah pemulihan yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi, sosial, pengurusan dan yang lebih penting pendidikan awam,” kata Cik Siti Nurbaya ketika melawat Bromo pada 23 September lalu.

Pakar biologi Universiti Indonesia , Encik Luthfiralda Sjahfirdi berkata terdapat sekurang-kurangnya 38 spesies liar dilindungi yang mendiami kawasan Bromo termasuk harimau bintang Jawa, burung helang Jawa dan lutung Jawa Timur. Kawasan itu juga merupakan rumah kepada flora endemik, orkid Tosari dan pokok pain yang berusia ratusan tahun.

Selain Bromo, musim kemarau yang berpanjangan juga telah mencetuskan kebakaran pada 23 September di Taman Negara Baluran di Jawa Timur, yang terkenal sebagai safari Afrika versi Indonesia dan pergunungan yang popular untuk mendaki.

Taman Negara Baluran ditutup kepada pengunjung sehingga penghujung September kerana kebakaran melanda kawasan-kawasan yang dekat dengan tempat yang popular di kalangan pelancong.

Gunung Arjuno di Jawa Timur juga telah musnah akibat kebakaran pada akhir Ogos yang didakwa dinyalakan oleh pemburu haram yang membersihkan kawasan itu untuk pemburuan haram mereka.

Gunung setinggi 3,339 meter itu adalah rumah kepada haiwan liar seperti monyet panjang, helang Jawa dan landak.

Kebakaran hutan juga memusnahkan tumbuh-tumbuhan setinggi 2,500-2,900 meter di Gunung Sumbing di Jawa Tengah. Seramai 44 pendaki terpaksa diselamatkan dari kebakaran gunung setinggi 3,371 meter itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >