Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran di Gunung Bromo jejas teruksektor pelancongan

Sep 15, 2023 | 03:18 PM



KARANGANYAR (Jawa Tengah): Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Uno, menyatakan kebakaran di Bukit Teletubbies di Taman Negara Gunung Bromo, Jawa Timur menjejas teruk industri pelancongan.


Salah satu kesannya dapat dilihat dengan jumlah kadar penghuni hotel di kawasan pelancongan itu yang susut 80 peratus.

“Kami sangat prihatin dengan apa yang berlaku di Bromo kerana ia mendatangkan kesan negatif,” katanya kepada wartawan selepas acara Bengkel Kata Kreatif di Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah, pada Khamis.

Atas dasar itu, beliau menggesa semua taman negara menjalankan kajian dengan memberi tumpuan kepada keselamatan pengunjung, bagi mencapai taraf sektor pelancongan yang mampan.

Encik Sandiaga juga berharap, tindakan tegas yang dikenakan ke atas mereka yang mencetuskan kebakaran, akan memberi kesan dalam usaha pencegahan.

“Hukuman mestilah adil, kerana ramai yang terjejas, terutama pelaku ekonomi,” tegas beliau.

Pada 6 September, Bukit Teletubbies Gunung Bromo terbakar, selepas sepasang pengunjung menggunakan suar ketika mengambil gambar praperkahwinan mereka di kawasan itu.

Akibat kejadian tersebut, kawasan pelancongan Gunung Bromo dan sekitarnya terpaksa ditutup buat sementara bagi memudahkan proses memadam kebakaran.

Ketua Pegawai Badan Pengurusan Bencana Wilayah Lumajang, Encik Patria Dwi Hastiadi, memaklumkan bahawa 115 hektar kawasan yang terbakar dalam kawasan Taman Negara Bromo berjaya dipadamkan.

Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Malang menganggarkan sekurang-kurangnya 500 hektar tanah di kawasan Bromo terjejas.

Sebahagian besar kawasan terletak di Ranupani Villae dan Kampung Argosari, di Taman Negara Bromo Tengger Semeru.

Bagaimanapun, tiada maklumat diberikan mengenai kebakaran hutan yang melanda Taman Negara Bromo secara amnya.

Polis Probolinggo turut mendakwa suspek berusia 41 yang juga perancang perkahwinan dari Lumajang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >