Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran hutan Hawaii korbankan 56, jejas teruk pelancongan

Aug 11, 2023 | 10:51 AM



KAHALUI (Hawaii): Kebakaran hutan di Maui di Hawaii telah membunuh sekurang-kurangnya 56 orang dan memusnahkan bandar peranginan Lahaina, yang akan memberi kesan jangka panjang ke atas industri pelancongan, yang memainkan peranan penting dalam ekonomi pulau itu.


Pihak berkuasa tempatan telah meminta pelancong di pulau itu supaya meninggalkannya, selain menyeru pelancong lain supaya tidak melakukan lawatan sedang bandar Lahaina dalam keadaan krisis.

Menurut Pihak Berkuasa Pelancongan Hawaii, pelancongan sumber modal swasta terbesar bagi ekonomi Hawaii pada 2019. Pada tahun itu, 10.4 juta pelawat berkunjung ke pulau tersebut dan membelanjakan hampir AS$18 bilion ($24 bilion), kata agensi itu.

Pihak berkuasa berkata kebakaran itu turut memaksa ribuan orang melarikan diri dari pulau itu apabila api semakin merebak.

Kebakaran hutan yang berlaku lewat Selasa lalu itu mengejutkan kebanyakan penduduk Lahaina dan pelawat dan memaksa mereka lari untuk menyelamatkan diri, termasuk terjun ke dalam laut untuk melarikan diri dari api yang merebak dengan pantas.

Ketua Jabatan Pengangkutan Hawaii, Encik Ed Sniffen, berkata sekurang-kurangnya 20 orang mengalami kesan melecur teruk dan dihantar ke Oahu untuk mendapatkan rawatan, manakala lebih 11,000 pelawat dipindahkan dari Maui.

Sekurang-kurangnya 16 jalan raya ditutup, namun lapangan terbang beroperasi sepenuhnya.

Wilayah Maui berkata dalam satu kenyataan bahawa sedang usaha memadamkan api diteruskan, sebanyak 17 lagi kematian disahkan pada Khamis di Lahaina.

“Ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 56 orang dan kita khuatir angka ini akan bertambah kerana masih banyak kawasan belum boleh dimasuki,” katanya.

Rakaman video menunjukkan kawasan kejiranan dan perniagaan musnah dan kenderaan terbakar apabila api yang marak membakar hutan serta menutup kebanyakan jalan keluar dari Lahaina.

Punca kebakaran hutan Maui belum dapat ditentukan, bagaimanapun, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata tumbuh-tumbuhan kering, angin kencang, dan kelembapan rendah mendorong kejadian itu.

Seorang profesor geografi alam sekitar di Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London, Dr Thomas Smith, berkata kebakaran hutan berlaku setiap tahun di Hawaii tetapi kejadian tahun ini berlaku lebih cepat dan lebih besar daripada biasa.

Anggota bomba kini sedang memadamkan tiga kebakaran besar di lokasi berasingan di pulau itu.

Kebakaran turut memusnahkan bahagian Kula, kawasan perumahan di kawasan pedalaman Upcountry, dan Kihei di Maui Selatan.

Kebakaran Maui yang bermula pada lewat malam Selasa lalu marak dengan pantas akibat tiupan angin kencang taufan Dora.


Kira-kira 11,000 rumah dan perniagaan terputus bekalan elektrik di Maui, yang mempunyai 165,000 penduduk tetap. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >