Kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok musnahkan 48 gerai, litar pintas disyaki punca

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok musnahkan 48 gerai, litar pintas disyaki punca

Feb 10, 2026 | 4:22 PM

Kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok musnahkan 48 gerai, litar pintas disyaki punca

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Thailand, Bangkok, Chatuchak Market, fire, short circuit, litar pintas
Seorang anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Pasar Hujung Minggu Chatuchak pada malam Isnin, 9 Februari - Foto FACEBOOK BOMBA DAN PENYELAMAT THAILAND

BANGKOK: Satu kebakaran tercetus di pasar hujung minggu Chatuchak lewat malam Isnin, 9 Februari, mengakibatkan 48 unit gerai rosak, menurut pihak berkuasa tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan kerana kejadian berlaku selepas pasar ditutup kepada orang awam.

Pihak bomba memaklumkan kebakaran dilaporkan sekitar jam 10.42 malam waktu tempatan dan dipercayai bermula dari sebuah kedai di Projek 17 sebelum merebak dengan pantas ke gerai-gerai berhampiran.

Kebanyakan gerai yang terjejas menjual pakaian dan merupakan struktur satu tingkat dengan bumbung logam beralun, yang menyumbang kepada penyebaran api dengan cepat.

Pegawai polis Bang Sue, Leftenan Kolonel Veerawat Praibung, berkata kebakaran dikesan berhampiran Pintu Masuk 1 dan pertama kali dilaporkan sekitar jam 10.24 malam.

“Pasukan bomba dan unit sokongan digerakkan segera sebaik menerima laporan. Api berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 30 minit,” katanya.

Sebanyak 10 jentera bomba bersama anggota polis dan sukarelawan dikerahkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran dan menghalang api daripada merebak ke kawasan lain di pasar yang luas itu.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 11.15 malam.

Pemeriksaan awal selepas kejadian mendapati kawasan seluas kira-kira 240 meter persegi terjejas, melibatkan 48 unit gerai di sepanjang tiga lorong dalam Projek 17, khususnya di Soi 9/2 hingga Soi 9/4.

Susun atur gerai yang saling bersambung dan diperbuat daripada struktur keluli satu tingkat dikenal pasti sebagai faktor yang mempercepatkan perambatan api.

Ketua keselamatan pasar, Encik Kiattisak Sukraj, berkata kakitangan pasar mula menyedari bau hangit sebelum menjejaki puncanya ke sebuah kedai di Soi 9/2.

“Pengawal keselamatan cuba memadamkan api menggunakan alat pemadam api, namun apabila api semakin marak, kami segera menghubungi pihak bomba,” katanya.

Pihak bomba dan penyelamat memaklumkan dapatan awal menunjukkan kebakaran berkemungkinan berpunca daripada litar pintas elektrik.

Bagaimanapun, punca sebenar hanya akan disahkan selepas pemeriksaan terperinci oleh pegawai forensik, yang turut ditugaskan menilai jumlah kerugian keseluruhan akibat kebakaran tersebut.

“Penilaian awal menunjukkan kemungkinan litar pintas, tetapi siasatan menyeluruh masih dijalankan,” menurut seorang pegawai penyelamat.

Insiden ini merupakan kebakaran kedua yang dilaporkan di pasar berkenaan dalam tempoh beberapa hari.

Pada 31 Januari lalu, satu kebakaran kecil yang juga disyaki berpunca daripada litar pintas telah merosakkan beberapa kamera keselamatan, namun berjaya dipadamkan oleh pengawal sebelum merebak.

Pasar Chatuchak yang terletak di Bangkok, merupakan antara pasar terbesar dan paling popular di Thailand, menarik ribuan pengunjung setiap hujung minggu.

Kejadian terbaru ini menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan elektrik di premis perdagangan lama dan padat.

Pihak pengurusan pasar memaklumkan langkah keselamatan tambahan akan dipertimbangkan, termasuk pemeriksaan sistem pendawaian dan peningkatan pemantauan, bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg