Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran hutan Canada merebak, lebih 35,000 dipindah

Aug 20, 2023 | 01:29 PM



KELOWNA (Canada): Kebakaran hutan di wilayah barat Canada, British Columbia, semakin merebak pada Sabtu, lantas menyebabkan bilangan orang di bawah perintah pemindahan berganda kepada 35,000 berbanding sehari sebelumnya, ketika pihak berkuasa memberi amaran mengenai hari-hari mendatang yang sukar.


Wilayah itu mengisytiharkan keadaan darurat pada Jumaat, untuk mendapatkan akses kuasa sementara untuk menangani risiko berkaitan kebakara sedang kebakaran yang tidak terkawal melanda kawasan pendalaman British Columbia dan menutup beberapa bahagian laluan transit utama antara pantai Pasifik dengan seluruh Canada barat serta memusnahkan banyak harta benda.

“Keadaan semasa adalah suram,” kata Perdana Menteri Canada, Encik Daniel Eby kepada wartawan sambil berkata kira-kira 35,000 orang berada di bawah arahan pemindahan, dan 30,000 lagi berada di bawah amaran pemindahan.

Encik Eby berkata wilayah itu sangat memerlukan tempat perlindungan untuk mangsa yang dipindahkan dan anggota bomba mengarahkan larangan perjalanan tidak penting untuk menyediakan lebih banyak penginapan sementara.

Wilayah itu telah mengalami angin kencang dan kilat kering sejak beberapa hari lalu akibat pertembungan udara sejuk dengan udara panas yang tercetus pada musim panas yang terik. 

Ini diburukkan lagi dengan kebakaran hutan sedia ada dan mencetuskan kebakaran yang baru.

“Kami masih dalam keadaan cuaca kering yang kritikal, dan masih menjangkakan hari-hari mendatang yang sukar,” kata Jerrad Schroeder, timbalan pengurus pusat bomba di Pusat Bomba Kamloops.

Sehingga Jumaat, kebakaran luar kawalan di selatan British Columbia meningkat lebih seratus kali ganda dalam tempoh 24 jam dan memaksa penduduk di ebih 2,400 hartanah dipindahkan. 

Kebakaran berpusat di sekitar Kelowna, sebuah bandar kira-kira 300 kilometer timur Vancouver, dengan bilangan penduduk seramai kira-kira 150,000 orang.

Kebakaran merebak begitu pantas pada Jumaat sehingga bilangan orang di bawah arahan pemindahan meningkat daripada 4,500 kepada 15,000 dalam masa sejam, manakala 20,000 lagi berada di bawah amaran pemindahan. 

Wilayah itu kini menyumbang lebih satu pertiga daripada 1,062 kebakaran aktif di Canada.

Api telah memusnahkan beberapa struktur di Kelowna Barat dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa wilayah itu berpotensi menghadapi beberapa hari terburuk dalam musim kebakaran tahun ini.

Lebuhraya TransCanada berhampiran Chase, sekitar 400 kilometer timur laut Vancouver, dan antara Hope, 150 kilometer timur Vancouver, dan kampung Lytton, ditutup.

TransCanada ialah jalan raya timur-barat utama yang digunakan oleh ribuan pemandu dan pengangkutan jalan raya menuju ke Pelabuhan Vancouver, yang paling sibuk di negara ini.

Kira-kira 5,000 pelanggan juga terputus bekalan elektrik di kawasan pedalaman British Columbia akibat kebakaran, kata syarikat perbekalan awam utama negara itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >