Kebakaran hutan di Bintan cetus darurat, asap tebal jejas Dumai
Kebakaran hutan di Bintan cetus darurat, asap tebal jejas Dumai
Mar 27, 2026 | 12:12 PM
Kebakaran hutan di Bintan cetus darurat, asap tebal jejas Dumai
Petugas pemadam kebakaran berusaha memadamkan kebakaran tanah di Desa Sebong Pereh, Kecamatan Teluk Sebong, Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau, pada Selasa, 24 Mac 2026. - Foto Unit Pelaksana Teknikal Daerah (UPTD) Damkar Tanjung Uban
JAKARTA: Kebakaran hutan dan tanah terus merebak di Kabupaten (Wilayah) Bintan, Kepulauan Riau, sehingga pemerintah daerah mengisytiharkan status darurat, manakala kawasan berhampiran seperti Dumai dan Pelalawan di wilayah Riau masih bergelut memadamkan kebakaran yang berlarutan.
Pemerintah Bintan mengisytiharkan status darurat kebakaran hutan dan tanah bermula 25 Mac selama 14 hari, susulan peningkatan ketara insiden kebakaran yang memusnahkan kawasan hutan dan tanah di beberapa lokasi.
Laporan berkaitan
Riau tingkat kawalan kebakaran hutan dan tanah, lebih 120 hektar terjejas sejak awal 2026Feb 4, 2026 | 3:47 PM
Riau isytihar darurat kecemasan kebakaran hutan hingga NovFeb 16, 2026 | 9:34 AM

