Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan anggota bomba tungkus-lumus padam kebakaran taman semula jadi di Portugal

Jul 26, 2023 | 04:32 PM



CASCAIS (Portugal): Dengan dibantu penduduk tempatan, ratusan anggota bomba Portugal bergegas pada Selasa untuk memadamkan api yang melanda taman semula jadi berhampiran destinasi percutian popular Cascais, dengan angin kencang merumitkan usaha menangani kebakaran.


Kebakaran hutan bermula di kawasan pergunungan yang merupakan sebahagian daripada taman semula jadi Sintra-Cascais, yang meliputi kawasan sekitar 145 kilometer persegi dan terletak di barat ibu kota Lisbon.

Dengan bantuan 189 kenderaan, lebih 600 anggota bomba dikerah bagi menangani kebakaran itu. Pesawat pengebom air turut memadamkan kebakaran, tetapi terpaksa berhenti beroperasi apabila malam menjelang.

Di salah sebuah perkampungan yang terjejas oleh kebakaran, penduduk tempatan terdesak berusaha sendiri untuk cuba melindungi rumah mereka dengan menyimbah air dari baldi dan memancutkan air dari paip ketika angin kencang meniup api.

“Kami bimbang api akan menjilat rumah-rumah,” kata Encik Ines Figueiredo, 34 tahun, ketika asap menyelubungi udara. “Kami cuba sedaya-upaya dengan baldi (air)... tetapi ia tidak berhasil.”

Datuk Bandar Cascais, Encik Carlos Carreiras, berkata tiupan angin sehingga 60 kilometer sejam adalah cabaran terbesar dan beberapa orang telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Para penduduk menggunakan kerusi roda untuk membantu memindahkan mereka yang mempunyai masalah berjalan.

“Mereka (anggota bomba) melakukan apa yang mereka boleh,” kata Encik Miguel Medeiros, seorang penduduk tempatan yang telah membantu memadamkan api. “Ia sukar untuk semua orang.”

Tiada rumah rosak dan tiada kecederaan besar dilaporkan, menurut pihak berkuasa.

Data Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan Portugal, yang setakat ini terlepas daripada gelombang haba baru-baru ini yang menyebabkan kematian dan kemusnahan di seluruh Eropah selatan, biasanya merupakan salah satu negara blok yang paling teruk dilanda kebakaran hutan.

Cuaca ekstrem pada bulan ini telah menyebabkan malapetaka di serata dunia dengan rekod suhu di China, Amerika Syarikat dan Eropah selatan mencetuskan kebakaran hutan, kekurangan air dan semakin ramai mendapatkan rawatan di hospital berkaitan haba. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >