Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kedudukan indeks kebebasan media M’sia semakin baik

May 26, 2023 | 05:21 PM



KUALA LUMPUR: Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 yang dikeluarkan Reporters Without Border (RSF), sebuah badan bukan pemerintah berkaitan kebebasan media yang berpangkalan di Paris, menyaksikan Malaysia di tangga ke-73 daripada 180 negara, melonjak 40 kedudukan berbanding pada 2022.


Dalam laporan itu, yang menilai tahap kebebasan media sepanjang 2022, RSF menggambarkan Malaysia sebagai antara negara yang menunjukkan peningkatan prestasi paling ketara dan agak konsisten dalam tempoh tiga tahun berturut-turut hingga 2023, iaitu ke-113 dalam laporan 2022 dan ke-119 pada 2021.

RSF mentakrif kebebasan media sebagai kemampuan wartawan, secara individu dan organisasi, memilih, mengeluar dan menyebar berita berkepentingan awam tanpa campur tangan politik, ekonomi, perundangan dan sosial serta bebas ancaman terhadap keselamatan fizikal dan mental mereka.

Penilaian dibuat dalam tempoh Januari hingga Disember pada tahun sebelum laporan dikeluarkan.

Prestasi Malaysia yang diperakui oleh RSF itu diketengahkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) tahun ini yang bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’, sambutan yang diadakan pada 28 Mei di Ipoh, Perak.

Mengulas perkembangan itu, penganalisis keselamatan dan politik daripada Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata sebarang usaha yang digerakkan oleh kerajaan ke arah kebebasan media adalah bersandarkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Jelas beliau, ini bagi membolehkan pengamal media memainkan peranannya dengan lebih berkesan, terutama dalam membantu membentuk keselamatan minda masyarakat.

“Pihak media yang bebas perlu menjadi antara pemangkin utama yang menggerakkan dasar keselamatan minda, selaras dengan satu daripada teras dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

“Industri media perlu bekerjasama dengan pihak berwajib, termasuk agensi tertentu, sebagai langkah strategik dalam menggerakan perang saraf media terhadap ancaman digital yang sedang berleluasa.

“Keselamatan minda masyarakat yang dibentuk oleh media ini juga adalah satu kaedah terbaik untuk mempersiap orang ramai mendepani pelbagai ancaman berbentuk subversif dan ideologi yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum. Kita semua bertanggungjawab menjadi benteng negara terhadap ancaman sebegini,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Sebelumnya, Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil, dilaporkan sebagai berkata pencapaian Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia itu diyakini mampu menjadi antara faktor yang meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >