Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kejadian tikaman di Tokyo: 3 cedera, penyerang wanita ditahan

Jan 04, 2024 | 02:05 PM



TOKYO: Tiga lelaki cedera dalam kejadian tikaman dan dibawa ke hospital, selepas seorang wanita menghunus pisau semasa di stesen kereta api Akihabara di Tokyo, kata polis Jepun.


Polis menerima panggilan kecemasan, sejurus sebelum 11 malam waktu tempatan pada 3 Disember mengatakan wanita itu telah mencederakan beberapa orang dengan pisau, di laluan Yamanote, salah satu laluan pengangkutan paling sibuk di bandar itu, kata jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Tokyo.

Wanita itu telah ditahan dan keadaan tiga lelaki yang cedera tidak diketahui, kata jurucakap itu.

Agensi berita Kyodo melaporkan bahawa tiada seorang pun daripada mangsa yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.


Penyiar awam NHK pada mulanya melaporkan bahawa empat orang telah ditikam. Syarikat Kereta Api Jepun Timur berkata laluan Yamanote ditutup seketika kerana “masalah pada kereta api”.


Akihabara, yang secara tradisinya menempatkan peruncit elektronik dan ‘gadget’, merupakan kawasan tumpuan pelancongan utama di Tokyo, dan telah menjadi sinonim dengan permainan video, buku komik dan fesyen aneh. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >