Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kekuatan tentera Iran, Israel jadi tumpuan

Apr 22, 2024 | 05:30 AM



TEHERAN/TEL AVIV: Negara Iran pernah terlibat dengan Perang Iran-Iraq dari 1980 sehingga 1988.


Negara itu juga kerap dikaitkan dengan program dan senjata nuklear sehingga sering dikenakan sekatan di peringkat antarabangsa.

Sekalipun sering dikenakan sekatan dan bajet ketenteraan yang rendah berbanding pesaingnya di Timur Tengah iaitu Arab Saudi dan Israel, Iran mempunyai cara tersendiri dalam menyaingi musuhnya.

Dilaporkan, Iran memberi bantuan ketenteraan kepada pakatan dan proksinya di negara tertentu contohnya pemberontak Houthi di Yaman, Hezbollah di Lebanon dan Islamic Jihad di Palestin. Ia bertujuan untuk menekan musuhnya di rantau itu.

Menurut kedudukan berdasarkan potensi keupayaan berperang, Firepower (GFP) Index, Iran berada dalam kedudukan ke-14 dunia dari segi kekuatan ketenteraan, beberapa tangga di atas Israel dan Korea Utara.

Daripada populasi rakyat yang berjumlah lebih 83 juta, 1.1 peratus atau 873,000 adalah anggota tentera, sama ada aktif atau sebagai simpanan.


Iran mempunyai 509 unit kapal terbang tentera; 1,634 kereta kebal perang; 1,900 pelancar roket dan 398 aset tentera laut.


Teheran dilihat berada ‘di luar radar’, yang tidak mengikut telunjuk dan percaturan negara Barat.

Sejak itu, perang bayangan atau shadow war tercetus antara Israel dengan Iran.


Apa yang dimaksudkan dengan perang bayangan ialah serangan yang dilakukan tanpa perisytiharan perang secara rasmi.

Ia dilakukan secara bersembunyi yang ada kalanya oleh pihak ketiga. 

Namun Iran tidak seperti Syria atau Iraq dahulu. Iran mempunyai kemampuan membina senjata nuklear yang boleh disasarkan kepada Israel.

Pembangunan senjata nuklear Iran dapat difahami jika semua pihak sentiasa ingat bahawa Israel dan Amerika Syarikat juga mempunyai senjata nuklear yang boleh disasarkan kepada Iran.

Israel tidak pernah mendedahkan kekuatan senjata nuklearnya secara rasmi.

Namun dari segi imbangan kuasa dan kekuatan tentera, ia menjadi masalah di Timur Tengah. 

Hanya Israel memiliki senjata nuklear dan keadaan itu tidak seimbang kerana ia bermakna Israel boleh melakukan apa sahaja di rantau itu.

Maka Iran berasa wajar memiliki senjata nuklear untuk mendapatkan keseimbangan itu.

Melihat kepada perbandingan persediaan ketenteraan antara Iran dengan Israel susulan perang antara dua kuasa itu, Iran berada di belakang Israel dari segi bajet pertahanan, tetapi negara itu mendahului Israel dari segi bilangan tentera yang aktif, lapor The Sun.


Berdasarkan laporan itu, bajet pertahanan Israel adalah AS$24.2 bilion (hampir $33 bilion), manakala Iran pula AS$9.9 bilion.

Mengenai kekuatan pesawat udara, Israel mempunyai sejumlah 612 pesawat dan Iran, 551 pesawat.

Bagaimanapun, dari segi kereta kebal, Iran mempunyai kekuatan hampir dua kali ganda berbanding Israel.

Israel mempunyai 2,200 kereta kebal manakala Iran memiliki 4,071 kereta kebal.

Iran juga mendahului Israel dalam kekuatan tentera laut. Israel mempunyai 67 kapal perang, berbanding Iran yang mempunyai armada 101 kapal perang yang sudah lama wujud.

Selain itu, Israel mempunyai 43,000 kenderaan berperisai manakala Iran dengan 65,000 kenderaan berperisai.

Iran juga mempunyai lebih kekuatan berbanding Israel dari segi bilangan tentera. Israel mempunyai 173,000 anggota tentera manakala Iran 575,000 anggota yang aktif.

Israel mempunyai 465,000 anggota tentera simpanan manakala Iran seramai 350,000 anggota.

Menurut laporan media antarabangsa, Israel kini mempunyai 80 bom nuklear, manakala Iran secara rasmi tidak mempunyai bom nuklear.

Jika hanya berdasarkan bom atom, Israel boleh mengalahkan Iran dalam peperangan.

Strategi Tentera Israel

Tentera Israel sangat maju dari segi teknologi dengan pelaburan besar dalam jet pejuang terkini, sistem pertahanan peluru berpandu seperti Iron Dome dan peperangan siber.

Strategi negara itu menekankan operasi yang cepat dan berintensiti tinggi serta mengekalkan keunggulan teknologi berbanding lawannya.

Strategi Tentera Iran

Strategi ketenteraan Iran adalah mengimbangi peralatan lama dengan saiz kekuatan yang lebih besar dan memberi tumpuan pada teknologi peluru berpandu, termasuk peluru berpandu balistik yang mampu mencapai pelbagai sasaran serantau.

Iran juga memanfaatkan taktik peperangan asimetri, termasuk penggunaan kuasa proksi di seluruh Asia Barat dan mempunyai tumpuan penting untuk mengembangkan keupayaan dron dan sibernya.

Perang lebih besar?

Serangan itu telah memicu reaksi sekutu hingga negara-negara terutama Amerika Syarikat yang menyatakan komitmen untuk membantu Israel.

Ini menyebabkan warga dunia mula menduga perang lebih meluas akan terjadi di Timur Tengah.

Susulan kejadian itu, Israel seolah-olah memberi isyarat bahawa gendang sudah dibuka, perang tidak lagi boleh dielakkan.

Malah dalam amalan politik antarabangsa, menyerang kedutaan adalah satu bentuk provokasi seperti mahu mengajak berperang.

Sebab itulah, Iran enggan berdiam diri meskipun mengambil masa lebih dua minggu untuk bertindak balas.

Tindakan Iran menyerang itu juga menunjukkan negara Parsi berkenaan mempunyai kredibiliti dan tidak mudah tunduk dengan sikap tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Sehubungan itu, ada juga menyifatkan tindakan Iran sebagai hero kerana berani menyerang Israel.

Bagaimanapun, konflik terkini itu memasuki episod baharu, dunia pastinya akan menantikan perkembangan terkini dalam suasana geopolitik antarabangsa kini.

Kejadian itu turut mencetuskan spekulasi dan analisis mengenai kemungkinan perkembangan konflik di masa depan antara Iran dengan Israel.

Sebagai antara dua kuasa utama di kawasan tersebut, tindakan yang diambil oleh kedua-dua negara itu akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah masa depan politik dan keselamatan di Asia Barat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >