Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Keluarga di M’sia terima dua keping lukisan 20 Ringgit sebagai duit salam walimah

Sep 12, 2023 | 03:59 PM



Sanggup seorang tetamu kenduri melukis dua keping wang tunai 20 Ringgit sebagai duit salam.

Seorang wanita di Malaysia pada Isnin, berkongsi pengalamannya menerima dua keping lukisan wang itu menerusi satu majlis walimah yang berlangsung hujung minggu lalu di TikTok dan telah mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dengan lebih 45,000 likes.


Dalam video berlangsung 18 saat itu, apabila wanita dalam video tersebut sedang mengira hadiah wang salam yang diterimanya, beliau perasan terdapat dua keping duit kertas ‘20 Ringgit’ berwarna oren yang telah dilipat.

Apabila bentuk duit itu didedahkan sepenuhnya, kelihatan kedua-dua duit kertas itu bukan duit sebenar tetapi wang yang telah dilukis sendiri.

Ia turut lengkap dengan corak kura-kura, Bunga Raya Malaysia, serta potret Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia seolah-olah seperti wang 20 Ringgit sebenar.

Pengguna bernama Jihaaaa11 itu berkata: “Sedang duduk kira-kira duit orang salam kaut kenduri semalam tiba-tiba... Ada duit baru pula ke?”

Beliau turut menyifatkan individu yang telah memberi wang tersebut sebagai mempunyai “otak advance (canggih)”.


“Ingatkan salam tisu kosong, angpau kosong dah teruk dah. Ada lagi teruk rupanya,” katanya.

Ketika dihubungi Berita Harian, Cik Nurul Najihah Ibrahim, 25 tahun yang mengendali akaun TikTok itu berkata, sampul berisi wang lukisan itu diberi oleh seorang tetamu yang hadir di majlis walimah sepupunya diadakan pada 9 September.


Namun tidak dapat dipastikan identiti sebenar tetamu yang memberikan wang lukisan itu.

Cik Nurul, dari Port Dickson berkata majlis itu adalah majlis sederhana diadakan di rumah neneknya di Pahang yang menerima sekitar 500 tetamu.

Video itu dirakam sewaktu makciknya sedang menghitung duit salam tersebut.

Apabila ditanya perasaan mereka apabila mendapat tahu tentang wang dilukis itu, Cik Nurul berkata, beliau dan makcikya tergelak ketawa.

“Makcik saya yang kira. Dia (pengirim) isi duit itu dalam sampul dan lipat empat dan dimasukkan dua keping itu,” kata Cik Nurul.

“Bila buka sampul memang nampak macam duit betul. Bila tengok lukisan baru tahu dia bukan duit betul!

“Kami gelak sebab sebelum ini memang tak pernah dapat macam ini,” tambahnya.

Beberapa warganet di ruang komen video tersebut berasa bahawa duit tidak seharusnya menjadi faktor apabila hendak menganjurkan kenduri.

Seorang pengguna bernama eyin_mahat berkata: “Arwah ayah aku pernah pesan, kalau tak ada duit jangan buat kenduri dan kita buat kenduri sebab nak bagi makan kepada orang lain.

Ada juga pengguna yang bersimpati terhadap tetamunya itu dengan berkata, “dia lagi rajin lukis daripada cari duit”.




@jihaaaa98

agak2 bawak ke bank negara dapat berapa ya? 😆😆

♬ DJ AYAM PARGOY - Breaks Music Group

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >