Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keluarga mangsa kebakaran majlis kahwin di Iraq tuntut pemerintah bertanggungjawab

Sep 29, 2023 | 3:22 PM
BERDUKA: Para anggota keluarga di majlis pengebumian pada Khamis setelah kebakaran di majlis perkahwinan mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang dan lebih 150 cedera di Hamdaniya, bandar utara Iraq.
BERDUKA: Para anggota keluarga di majlis pengebumian pada Khamis setelah kebakaran di majlis perkahwinan mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang dan lebih 150 cedera di Hamdaniya, bandar utara Iraq. - Foto REUTERS

BAGHDAD: Para anggota mangsa kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Iraq yang mengorbankan lebih 100 nyawa menggesa pemerintah agar lebih bersikap bertanggungjawab terhadap tragedi yang turut mencederakan 150 yang lain.

Seruan pertanggungjawaban kian meningkat diluahkan oleh para anggota dan pengunjung yang berduka di upacara pengebumian dan peringatan yang penuh sesak di gereja Al-Tahira di Hamdaniya.

Kebakaran itu berlaku selepas bunga api dinyalakan ketika sambutan majlis di sebuah dewan besar di daerah Hamdaniya, wilayah Nineveh.dan dikatakan disebabkan oleh kekurangan langkah keselamatan.

Dalam ucapan yang diiringi dengan tangisan anggota keluarga wanita yang berpakaian hitam, seorang paderi di Gereja Al-Tahira di Hamdaniya – yang juga dikenali sebagai Encik Qaraqosh – memberitahu pengunjung agar bersatu dalam berduka serta mengkritik pegawai atasan.

“Tiada apa-apa yang memenuhi standard di negara ini. Kita mesti memastikan mereka bertanggungjawab... cukup, cukup!” katanya lagi. Kebanyakan penduduk Hamdaniya beragama Kristian.

Kementerian Dalam Negeri berkata ia telah menangkap 10 orang berhubung kebakaran itu.

Mereka termasuk pemilik tempat majlis itu dan tiga orang yang terlibat dalam penggunaan bunga api sehingga mencetuskan kebakaran tersebut.

Presiden Abdul Latif Rashid dan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shiaa Al-Sudani mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kes kebakaran itu. Encik Mohammed Shiaa mengisytiharkan perkabungan negara selama tiga hari.

Maklumat awal menunjukkan bangunan itu diperbuat daripada bahan binaan yang sangat mudah terbakar, kata media pemerintah.

Agensi melaporkan pihak berkuasa pertahanan awam berkata dewan itu dibina daripada panel pasang siap yang sangat mudah terbakar dan melanggar piawaian keselamatan.

Piawaian keselamatan dalam sektor pembinaan dan pengangkutan Iraq sering diabaikan. Negara itu yang prasarananya rosak selepas berdekad berada dalam konflik, kerap menyaksikan tercetusnya kebakaran dan kemalangan maut.

Pada Julai 2021, kebakaran di unit Covid-19 sebuah hospital di selatan negara itu mengorbankan lebih 60 orang. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg