Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemajuan dalam rundingan gencatan senjata Gaza: Laporan

Semua pihak bersetuju tentang perkara asas dalam rundingan di Kahirah, menurut stesen televisyen Mesir
Apr 08, 2024 | 01:03 PM



KAHIRAH: Rundingan gencatan senjata perang Gaza di Kahirah sedang mencapai kemajuan dan semua pihak telah bersetuju mengenai perkara asas, kata stesen televisyen kerabat pemerintah Mesir, Al-Qahera News, yang memetik sumber kanan Mesir.


Israel dan Hamas menghantar pasukan ke Mesir pada 7 April untuk pusingan rundingan baru mengenai potensi gencatan senjata dalam konflik enam bulan itu, berikutan ketibaan Pengarah Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Encik William Burns, pada 6 April.

Tiada komen segera daripada Hamas dan tiada satu pun pihak dalam rundingan tersebut mengesahkan laporan berita Al-Qahera itu.


Menurut Al-Qahera, delegasi Hamas dan Qatar meninggalkan Kahirah dan akan kembali dalam dua hari untuk bersetuju atau sebaliknya dengan syarat perjanjian akhir.


Delegasi Israel dan Amerika telah berlepas beberapa jam kemudian. Para perunding menyatakan bahawa rundingan akan diteruskan dalam masa 48 jam akan datang.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata pada 7 April bahawa Israel tidak akan bersetuju dengan gencatan senjata tanpa pembebasan tebusan.

Sekitar 240 tebusan Israel ditahan Hamas dalam serangan di selatan Israel pada 7 Oktober, yang membunuh sekitar 1,200 orang.

Sekitar 130 tebusan masih ditahan Hamas di Gaza dan selebihnya telah dibebaskan hasil rundingan gencatan senjata pada November.

Hamas berkeras mengulangi tuntutannya, termasuk gencatan senjata kekal, pengunduran tentera Israel dari Gaza dan kepulangan ke rumah masing-masing penduduk yang telah keluar mencari perlindungan.

Encik Netanyahu berkata walaupun tekanan antarabangsa semakin meningkat, Israel tidak akan tunduk kepada tuntutan “melampau” daripada Hamas.

Dalam pada itu, beribu-ribu orang mengadakan tunjuk perasaan di Baitulmakdis pada 7 April bagi menuntut pembebasan kira-kira 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza.

Beberapa tebusan mati dalam tahanan.

Hampir enam bulan selepas perang itu, Israel telah menghadapi bantahan semakin meningkat di dalam negara, menuntut perjanjian dicapai untuk membebaskan baki tebusan yang masih ditahan Hamas.

Negara Barat telah menyuarakan kemarahan terhadap apa yang mereka lihat sebagai angka kematian orang awam Palestin yang tidak dapat diterima dan krisis kemanusiaan di Gaza yang disebabkan oleh kempen Israel untuk memusnahkan Hamas.

Lebih 33,100 rakyat Palestin terbunuh dalam tindakan balas dan serangan berterusan Israel, menurut kementerian kesihatan di Gaza.

Dalam satu perkembangan lain, tentera Israel telah berundur dari Khan Younis di selatan Gaza pada 7 April.

Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, berkata pengunduran itu adalah kerana “Hamas tidak lagi wujud sebagai rangka kerja ketenteraan” di Khan Younis, di utara Rafah, tempat lebih 1.5 juta rakyat Palestin berlindung.

Beliau juga berkata pengunduran itu adalah “untuk mempersiapkan misi masa depan, termasuk di Rafah.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >