Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puluhan ribu himpun menentang kerajaan Netanyahu di Baitulmakdis

Apr 01, 2024 | 12:44 PM



BAITULMAKDIS: Puluhan ribu rakyat Israel menyerbu pusat bandar Baitulmakdis pada 31 Mac dalam protes anti-pemerintah terbesar sejak negara itu berperang pada Oktober.


Penunjuk perasaan menggesa pemerintah agar segera mencapai perjanjian gencatan senjata untuk membebaskan berpuluh-puluh baki tebusan yang ditahan di Gaza oleh kumpulan Hamas dan mengadakan pilihan raya awal.

Masyarakat Israel secara umumnya bersatu sejurus selepas 7 Oktober, apabila Hamas membunuh kira-kira 1,200 orang dan 250 yang lain dijadikan tebusan dalam serangan rentas sempadan paling berdarah itu.

Konflik hampir enam bulan itu telah memperbaharui perpecahan mengenai kepimpinan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, walaupun negara itu sebahagian besarnya menyokong peperangan tersebut.

Encik Netanyahu telah berikrar untuk memusnahkan Hamas dan membawa pulang semua tebusan, namun matlamat itu sukar difahami.

Kira-kira separuh tebusan di Gaza telah dibebaskan semasa gencatan senjata selama seminggu pada November.

Tetapi percubaan pengantara antarabangsa untuk membawa pulang baki tebusan belum menampakkan hasil.

Rundingan disambung semula pada 31 Mac tanpa tanda-tanda sebarang kejayaan.

Keluarga tebusan percaya masa semakin suntuk dan mereka semakin lantang bersuara menzahirkan rasa tidak senang mereka terhadap Encik Netanyahu.

Ramai penunjuk perasaan membawa sepanduk dengan muka Encik Netanyahu berlumuran darah dan menuduhnya gagal melindungi negara daripada Hamas.

Malah sebelum perang, Encik Netanyahu yang berkata beliau harus menjalani pembedahan hernia, berdepan bantahan selama berbulan-bulan berkaitan reformasi kehakiman yang mencetuskan kontroversi..

“Kami percaya bahawa tiada tebusan akan kembali di bawah pemerintah ini kerana mereka sibuk meletakkan ‘kayu dalam roda rundingan untuk tebusan’,” kata Encik Boaz Atzili, yang sepupunya, Encik Aviv Atlizi dan isterinya, Liat, ditahan sebagai tebusan pada 7 Oktober.


Penunjuk perasaan menyalahkan Encik Netanyahu atas kegagalan 7 Oktober dan menyatakan perpecahan politik ekoran percubaannya merombak kehakiman pada 2023 telah melemahkan Israel menjelang serangan itu.

Ada yang menuduhnya merosakkan hubungan dengan Amerika Syarikat, sekutu terpenting Israel.

Encik Netanyahu juga menghadapi pelbagai tuduhan rasuah dan pendiriannya nampaknya tertumpu kepada penakatan politik berbanding kepentingan negara.

Dalam bantahan besar-besaran pada 31 Mac itu, orang ramai berpusu-pusu di sekitar bangunan Parlimen dan mereka berikrar untuk meneruskan demonstrasi selama beberapa hari.

Mereka menuntut pilihan raya baru diadakan hampir dua tahun lebih awal daripada jadual. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >