Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemalangan bas ragut 17 nyawa di ‘selekoh maut’ Filipina

Dec 06, 2023 | 04:50 PM



MANILA: Tujuh belas orang, termasuk seorang warga Kenya, maut manakala tujuh lagi cedera parah apabila sebuah bas penumpang terbabas dari jalan di “selekoh maut” dan terjunam ke bawah sebuah gunung di tengah Filipina, kata pegawai pada 6 Disember.


Bas itu dalam perjalanan di perbandaran Hamtic di wilayah Antique, apabila nahas berlaku petang 5 Disember, ketua agensi bencana wilayah, Encik Roderick Train memberitahu agensi berita AFP.


Empat warga Kenya adalah antara penumpang, yang kebanyakannya penduduk wilayah Antique, Gabenor Rhodora Cadiao memberitahu stesen radio tempatan, DZRH.


“Saya namakan tempat itu ‘selekoh maut’... sudah dua bas Ceres jatuh di sana,” katanya merujuk kepada syarikat bas itu.

“Dengan jumlah kematian yang banyak, jalan itu mesti ditutup... dan buat jalan lain untuk menjadikan kawasan itu selamat.”

Jurang berhutan tebal itu sedalam sekitar 30 meter, kata Encik Cadiao.

Tujuh orang, termasuk seorang daripada warga Kenya, berada dalam keadaan kritikal di hospital dan empat yang lain stabil, kata Encik Train, sambil menyifatkan bahagian jalan itu “kawasan kemalangan”. Keadaan dua lagi warga Kenya tidak jelas.

“Ini jalan gunung, jadi bas itu jatuh dari tempat tinggi. Sebab itu impaknya menyebabkan ramai yang terkorban. Berdasarkan saksi, ia adalah kegagalan mekanikal. Pemandu hilang kawalan, kemungkinan brek rosak,” kata Encik Train.

Encik Cadiao melawat hospital di mana mangsa yang terselamat dirawat kerana kecederaan mereka. Beliau menjanjikan bantuan pemerintah untuk perbelanjaan perubatan dan pengebumian mangsa.

Encik Train berkata operasi mencari dan menyelamat telah selesai dan pihak berkuasa kini akan memberi tumpuan untuk mengeluarkan bas itu.

“Kami mencari mayat sehingga pagi ini. Memang penat naik dan turun,” kata Encik Train.

Pemilik bas malang itu, Vallacar Transit Inc, berikrar akan bekerjasama membantu siasatan dan secara sukarela menghentikan sementara operasi baki 12 lagi bas miliknya.

Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di Filipina, di mana pemandu kerap melanggar peraturan dan kenderaan sering tidak diselenggara dengan baik atau terlebih muatan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >