Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kementerian Kesihatan M’sia bentang rang kawal rokok

Jun 12, 2023 | 03:43 PM



KUALA LUMPUR: Satu Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Parlimen buat bacaan pertama, pada Isnin.


Rang tersebut dijadual dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, selepas sesi soal jawab, menurut portal rasmi Parlimen.

Ini ekoran apa yang dikatakan oleh Dr Zaliha pada 26 Mei bahawa kementerian berkenaan akhirnya mendapat sokongan Kabinet untuk membentang usul rang undang-undang itu.

Semasa satu taklimat media pada 6 Jun, Dr Zaliha memberitahu bahawa kementeriannya telah menggabungkan kesemua 23 saranan Pindaan dan menambah lima lagi saranan baru bagi Rang tersebut.

Ini menjadikan rang berkenaan lebih komprehensif kerana mencakup bukan sahaja produk merokok konvensional tetapi juga yang baru termasuk elektronik dan mudah dibakar.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata Rang itu akan mengekalkan peruntukan Dasar Generasi Penamat Rokok (GEG), melibatkan mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan selepasnya.

Peruntukan GEG itu adalah bagi mencegah masalah amalan merokok terutama di kalangan belia, yang merupakan penyumbang utama ekonomi negara, dan menyelamatkan 2.07 juta nyawa, kata Dr Zaliha.

Menurut beliau lagi, rang itu berdasarkan konsep huraian saling bermanfaat yang digerakkan melalui tolak ansur kolaboratif dan penemuan kajian terkini.

Turut dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan buat kali pertama pada Isnin adalah Rang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2023.

Sementara itu, antara fokus semasa sesi soal jawab pada Isnin itu adalah terhadap pertanyaan dari Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ism (PH-Bandar Tun Razak) kepada Kementerian Pelajaran.

Beliau ingin tahu langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani isu buli, terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah yang semakin meningkat setiap tahun, dan sejauh mana kesan langkah-langkah yang diambil itu.

Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pula mengajukan pertanyaan kepada Menteri Kesihatan mengenai langkah-langkah “celik kesihatan” di kalangan orang ramai yang masih terlalu rendah, memandangkan Malaysia kini dikatagorikan sebagai sebuah negara tidak sihat.

Pertanyaan lain yang juga akan diajukan adalah daripada Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan), yang ingin tahu jika Kementerian Perpaduan Kebangsaan terlibat dalam proses memantau dan menyunting drama serta filem, demi memastikan nilai-hilai harmoni diterapkan dalam penerbitan, dan isu-isu sensitif melibatkan soal kaum dan agama tidak disentuh. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >