Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kementerian Kewangan serah semula aset Tabung Haji: Anwar

Sep 29, 2023 | 12:22 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang diletakkan di bawah Syarikat Bertujuan Khas (SPV) Kementerian Kewangan (MOF) kepada TH, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan isu pengurusan dan tata kelola yang berbangkit sebelum ini, selain prestasi kewangan TH yang terus memulih, khususnya selepas bergelut isu kepincangan sebelum ini.

Datuk Anwar berkata penyerahan semula aset TH itu juga membuktikan dakwaan pihak tertentu kononnya aset TH yang diletakkan di bawah SPV sudah diserah kepada pemilikan bukan Islam adalah tidak benar sama sekali.

“Selepas meneliti, saya sudah beritahu dari awal sejak ambil jawatan ini, sebaik TH diurus dengan baik dan meyakinkan, maka MOF akan memulakan perbincangan menyerahkan semula aset yang kini diamanahkan kepada SPV kepada TH.

“Ini juga untuk mematikan fitnah kepada Menteri Kewangan ketika itu kononnya sudah memindahkan aset ini kepada bukan Islam,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) pada Jumaat, lapor Berita Harian Malaysia.


Turut sama hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Pada masa sama, Datuk Anwar juga berkata kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji (TH) bagi menambah baik pengurusan dan kecekapan Lembaga TH.

Beliau berkata Rang Undang-Undang (RUU) pindaan akta berkenaan akan dibentang di Parlimen selewat-lewatnya pada sesi Parlimen awal 2024.

“(Kerajaan) akan meminda Akta TH... bukan saja pengurusan tapi juga kecekapannya untuk berfungsi memberi penghayatan kepada ibadah umat Islam.

“Kita akan cuba... kalau tak sempat sesi Parlimen November ini, saya cuba awal tahun depan akan dibentangkan,” katanya pada majlis itu.

Pada majlis itu juga, Datuk Dr Mohd Na’im berkata Lembaga TH disaran terus memperkukuhkan strategi menerusi Pelan Transformasi Strategik atau Hijrah24 yang dilancarkan pada 2022.

Beliau menambah, dalam usaha memelihara mandat yang dipertanggungjawabkan dan kekal berdaya saing, TH perlu mencapai sasaran mengikut ketetapan Hijrah24.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >