Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Kempen pilihan raya dicemar insiden rosakkan bahan kempen

Nov 14, 2022 | 05:30 AM



POLIS menerima laporan berhubung kejadian poster Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di tepi jalan simpang empat Jalan Pulau Bunting disimbah cat hitam, lewat malam kelmarin.



Ketua Polis Daerah Yan, Timbalan Superintenden (DSP) Shahnaz Akhtar Haji, berkata pihaknya menerima laporan dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Jerai yang menyedari kejadian itu selepas menerima aduan daripada pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 12.35 tengah malam.



DSP Shahnaz berkata, setakat ini, tidak ada saksi yang menyaksikan kejadian itu, malah lokasi kejadian berlaku di tepi jalan yang sunyi dan gelap.



"Tidak ada juga kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan terbabit dan sekitar tempat kejadian adalah kawasan sawah padi.



"Hasil siasatan di lokasi mendapati tidak ada penduduk kampung yang tinggal di kawasan tempat kejadian," katanya.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.



Kes merosakkan poster calon bertanding lewat malam kelmarin adalah kes terbaru yang dilaporkan sejak bermulanya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)



Beberapa jam seselum itu, Parlimen Putrajaya turut dicemari dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab merosakkan bahan kempen calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu, Tengku Adnan Tengku Mansor.



Tengku Adnan mendakwa bahawa terdapat beberapa bahan kempennya dirosakkan individu yang dipercayai bukan daripada komuniti Putrajaya



Poster tertera perkataan 'Never Lost In Tambun' calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang diletakkan di tepi jalan laluan utama menuju ke Pekan Tambun, turut dirosakkan.



Poster itu didapati terkoyak pada bahagian tengah yang memaparkan wajah calon.



Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, ketika dihubungi, mengambil maklum kes tersebut.



Datuk Mohd Yusri berkata pihaknya memberi amaran dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas baik ke atas parti mahupun penyokong yang melakukan perbuatan khianat dalam tempoh berkempen.



"Saya mengingatkan semua parti dan penyokong jangan buat perkara ini (rosakkan poster) dan mestilah berhemah, hormat antara satu sama lain.



"Jangan membuat khianat atau mencetuskan kontroversi semasa tempoh berkempen," katanya.



Katanya, perbuatan mencabut, menconteng atau membakar poster, sepanduk, kain rentang dan bendera parti politik lain yang boleh menjejaskan keharmonian tempoh berkempen.



Pada 7 November lalu pula, polis sudah membuka kertas siasatan dan sedang mengesan pelaku yang merosakkan bendera serta poster Barisan Nasional (BN) di Taman Tun Dr Ismail.



Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor, berkata kejadian itu berlaku di persimpangan Jalan Athinahpan dan jambatan Jalan Burhanuddin Helmi yang menyaksikan bendera parti telah dipotong selain poster yang digantung dirosakkan.



Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengeluarkan kenyataan menyeru semua calon dan penyokong parti politik supaya mengamalkan pendekatan berhemah sepanjang tempoh berkempen yang bermula pada 5 November lalu.



Sultan Abdullah juga menasihatkan calon-calon supaya mengelakkan provokasi dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >