Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS kenakan sekatan ke atas entiti, individu sokong pengeluaran dron Iran

Dec 20, 2023 | 11:27 AM
DRON BUATAN IRAN: Gambar yang diedarkan oleh pejabat tentera Iran pada 10 Disember menunjukkan dron Karrar buatan sendiri oleh Iran dipamerkan semasa majlis perasmian di Teheran.
DRON BUATAN IRAN: Gambar yang diedarkan oleh pejabat tentera Iran pada 10 Disember menunjukkan dron Karrar buatan sendiri oleh Iran dipamerkan semasa majlis perasmian di Teheran. - Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan baru ke atas 10 entiti dan empat individu yang berpangkalan di Iran, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia, yang dituduh menyokong pengeluaran dron Iran, kata Jabatan Perbendaharaan pada 19 Disember.

Rangkaian itu telah memudahkan perolehan komponen bernilai ratusan ribu dolar, untuk Pertubuhan Jihad Pasukan Aeroangkasa, Revolusi Islam dan program dronnya, kata jabatan itu, dipetik agensi berita Reuters.

“Pengeluaran haram Iran dan penyebaran UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) yang mematikan kepada proksi pengganasnya di Timur Tengah dan ke Russia, terus memburukkan lagi ketegangan dan memanjangkan konflik, menjejaskan kestabilan,” kata Setiausaha Bahagian Keganasan dan Perisikan Kewangan, Encik Brian Nelson dalam satu kenyataan.

Washington telah lama menuduh Teheran membekalkan senjata sedemikian kepada Russia untuk digunakan di Ukraine.

Iran menafikan dakwaan membekalkan dron kepada Russia untuk digunakan di Ukraine.

Amerika telah mendakwa seorang warga Iran dan China, kerana dituduh membekalkan mikroelektronik kepada Iran untuk digunakan dalam program dron yang diselenggarakan oleh Pasukan Pengawal Revolusi Islam. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg