Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kenali jutawan hartanah yang kini Perdana Menteri Thailand

Aug 23, 2023 | 02:26 PM



BANGKOK: Encik Srettha Thavisin, seorang jutawan hartanah dianggap muka baru dalam politik selepas mula berkecimpung hanya beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Mei lalu, melepasi 375 undi yang diperlukan bagi menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan.


Sebagai Perdana Menteri ke-30 Thailand, beliau berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen dan Senat negara itu dan kini bertanggungjawab membentuk kerajaan merangkumi gabungan pelbagai parti yang rapuh, termasuk parti penyokong Raja dan tentera, yang sebelum ini menggulingkan kerajaan pimpinan Pheu Thai melalui rampasan kuasa pada 2006 dan 2014.

Beliau merupakan mantan presiden syarikat pembangunan hartanah, Sansiri. Encik Srettha, 61 tahun, menjadi perdana menteri hanya beberapa jam selepas pengasas Parti Pheu Thai, Encik Thaksin Shinawatra, kembali ke Thailand selepas hidup dalam pengasingan selama 15 tahun.

Encik Srettha, menerima 482 undi sokongan, sementara 165 undi menentang dan 81 undi berkecuali.

Prestasi beliau melebihi keperluan jumlah undi sebanyak 375 yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri, membolehkannya membentuk kerajaan.

Encik Srettha hanya menyertai Parti Pheu Thai pada 2023 sebagai ketua penasihat kepada anak perempuan Thaksin, Cik Paetongtarn Shinawatra.

Pihak konservatif melihat Encik Srettha dan Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya, sebagai entiti yang lebih diterima umum.

Parti tersebut telah membentuk gabungan dengan bekas musuh politiknya, yang kini tergabung dalam parti protentera, untuk membentuk kerajaan dalam salah satu ekonomi terbesar di Asia Tenggara.

Encik Srettha, dikenali sebagai ahli perniagaan yang dekat dengan rakyat, telah menonjolkan kecekapan beliau dalam mengurus perniagaan serta kepakaran beliau dalam mengendalikan ekonomi yang sedang melalui proses pemulihan daripada wabak Covid-19.

Beliau berasal daripada keluarga yang mempunyai hubungan rapat dengan kalangan elit perniagaan.

Encik Srettha memulakan kerjayanya di cawangan Thailand bagi Procter & Gamble selepas menamatkan pengajian dalam bidang ekonomi dan pengurusan di Amerika Syarikat.

Beliau juga veteran selama tiga dekad dalam industri hartanah dan memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Claremont Graduate School di Amerika Syarikat.

Pada 1990, beliau bersama beberapa sepupu telah mengasaskan sebuah syarikat yang kemudiannya berkembang menjadi pembangun hartanah Sansiri, yang akhirnya menjadi salah satu daripada syarikat hartanah terbesar di Thailand.

Pada 2022, Sansiri yang tersenarai di Bursa Saham Bangkok telah mencatatkan pendapatan sebanyak 34.9 bilion baht ($1.35 bilion) dengan keuntungan bersih sebanyak 4.2 bilion baht.

Saham pemaju hartanah tersebut telah mencatatkan kenaikan lebih daripada 8 peratus di Bursa Saham Bangkok pada Selasa, pencapaian tertinggi dalam hampir tujuh bulan.

Selain sebagai seorang peminat tegar kelab bola sepak Inggeris Liverpool, yang sering berkongsi gambar anjing di laman media sosialnya, Encik Srettha juga memiliki ketinggian agak luar biasa, mencecah 1.92 meter.

Seorang rakan dan dua rakan perniagaannya telah menggambarkan Encik Srettha sebagai individu yang jujur dalam berbicara dan tidak gentar untuk menyuarakan pandangannya.

Encik Srettha, yang membentuk sebuah kerajaan selepas berbulan-bulan ketidaktentuan politik membelenggu negara Asia Tenggara itu, bakal berdepan cabaran.

Ini termasuk masyarakat dirundung isu polarisasi akibat kegawatan pasca pilihan raya, terkesan dengan pemulihan ekonomi yang rapuh dan hutang isi rumah besar selama hampir sedekad di bawah pemerintahan yang disokong tentera. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >