Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kenyataan berbaur perkauman presiden PAS disiasat polis

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, menyusuli kenyataan beliau yang berbaur perkauman berkaitan isu rasuah, baru-baru ini.



Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Penolong Pesuruhjaya A. Skandaguru, berkata Tan Sri Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman untuk direkodkan keterangan.



Beliau berkata ia menyusuli siasatan dijalankan pihaknya berhubung 28 laporan polis yang diterima terhadap Ahli Parlimen Marang itu setakat ini.



Ini menyusuli kenyataan Tan Sri Abdul Hadi yang mendakwa masyarakat bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit dalam rasuah.



"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.



"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan lewat malam kelmarin.



Terdahulu, media tempatan melaporkan Tan Sri Abdul Hadi dalam satu kenyataan pada minggu lalu, berkata memilih pemimpin yang tidak berintegriti dan mengamalkan rasuah adalah suatu bentuk perbuatan khianat yang akan menghancurkan negara serta dunia.



Katanya, pemimpin yang tidak berintegriti akan menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman.



Tambah Tan Sri Abdul Hadi, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera.



Mengulas lanjut, Encik Skandaguru berkata, siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan PDRM.



"PDRM juga menyeru orang ramai prihatin terhadap isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menggugat keharmonian dalam kalangan masyarakat.



"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >