Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kepintaran Anwar terserlah dalam 100 hari sebagai PM

Kerajaan perpaduan dapat pujian, namun dasar fiskal yang diperkenalkan disambut dengan berhati-hati
Mar 05, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tempoh 100 hari pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia menyaksikan kepintaran politiknya dalam membina sokongan dan pembentangan belanjawan sulungnya, lapor New Straits Times (NST) pada Sabtu.



Walaupun pencapaiannya dalam membentuk kerajaan perpaduan mendapat pujian daripada ahli ekonomi, dasar fiskal yang diperkenalkan beliau dan usahanya membantu perniagaan kecil disambut dengan berhati-hati.



Datuk Seri Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia pada 25 Nov 2022.



Pakar ekonomi politik Dr Firdausi Suffian, daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata dengan pembentukan kerajaan perpaduan, Datuk Seri Anwar mampu mewujudkan kestabilan ekonomi.



"Kejayaan beliau dalam merangsang sokongan daripada pelbagai pihak di semenanjung, serta Sabah dan Sarawak, adalah sangat penting," lapor FMT Business, yang memetik beliau sebagai berkata.



Apabila diumumkan bahawa Datuk Seri Anwar akan menerajui kerajaan baru negara, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI mencapai paras tertinggi harian baru, yang membawa kepada reaksi pasaran yang positif.



Ini, ditambah dengan kenaikan 1.8 peratus dalam ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat, dilihat oleh Dr Firdausi sebagai petunjuk jelas pasaran optimis tentang masa depan.



Bagaimanapun, penganalisis berpendapat, dasar ekonomi perdana menteri ke-10 itu belum diterima secara meluas.



Timbalan pengarah penyelidikan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Cik Sri Muniati Yusuf, berkata masih terlalu awal untuk menentukan kesan potensi pendekatan fiskal pengembangan.



"Tiada pemotongan perbelanjaan yang ketara ke atas perbelanjaan pengurusan, tetapi anggaran untuk perbelanjaan pembangunan telah meningkat dengan ketara," katanya.



Dr Firdausi berkata, sebahagian besar perbelanjaan baru itu ditujukan kepada penyediaan bantuan kewangan kepada individu berpendapatan rendah melalui bantuan tunai dan program menjana pendapatan jangka panjang.



Pendekatan ini dianggap lebih berkesan daripada meluaskan subsidi atau mengenakan kawalan harga, katanya.



Seorang penganalisis di Bait al- Amanah, Cik Farah Anwar, menyatakan bahawa daya usaha seperti program pendapatan rakyat dan pengecualian berterusan yuran peperiksaan untuk teksi, bas, kenderaan sewa dan motosikal B2 menunjukkan dedikasi untuk menggalakkan penjanaan pendapatan mampan.



"Daripada mengekalkan budaya pergantungan, pentadbiran memperkasakan perniagaan mikro dan kecil serta orang yang mempunyai peluang pekerjaan."



Namun, usaha Datuk Anwar menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS), yang membentuk 98.5 peratus daripada semua perniagaan di negara ini, mendapat kritikan.



Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, yang baru memegang jawatan itu, berkata pengurangan cukai sebanyak dua peratus itu akan memberi manfaat kepada 150,000 perusahaan, tetapi Cik Farah percaya ini akan memberi kesan terhad kerana ia hanya terpakai kepada 10 peratus daripada semua PKS.



Sebaliknya, Dr Firdausi percaya pemberian bantuan pinjaman kepada PKS akan membantu mengurangkan kelembapan ekonomi akibat pandemik Covid-19.



Mengenepikan pujian dan kritikan, Cik Farah menekankan bahawa kerajaan perpaduan masih di peringkat awal, dan oleh itu, tumpuan utamanya harus ditujukan untuk mencapai kestabilan ekonomi dan politik. - NST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >