Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keputusan projek laluan JB-Singapura dilanjut sebulan lagi

Sep 28, 2019 | 03:10 PM



KUALA LUMPUR: Tarikh akhir bagi Malaysia membuat keputusan mengenai projek Sistem Gerak Cepat (RTS) bernilai RM4 bilion ($1.3 bilion) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura telah dilanjutkan selama satu bulan lagi.



Difahamkan bahawa kerajaan Malaysia telah membuat permintaan bagi lanjutan itu dalam satu mesyuarat baru-baru ini.



Tempoh penangguhan enam bulan pertama yang diberikan Singapura sepatutnya luput Isnin pada ini (30 September).



Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, telah membuat permintaan tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, dengan berkata bahawa Malaysia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula projek itu.



The Straits Times (ST) difahamkan bahawa keputusan Singapura memberikan lanjutan itu telah disampaikan kepada Malaysia semalam (27 September).



Menurut sumber, lanjutan yang diberi tiada kesan kewangan terhadap Malaysia.



Kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian dua hala tahun lepas untuk membina laluan 4km dari Woodlands ke Bukit Chagar di Johor untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di Koswe.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >