Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan M'sia gesa SPRM segera siasat isu projek kapal tempur

Ismail Sabri beri jaminan siasatan ke atas isu kelewatan projek, dakwaan dana diseleweng akan telus
Aug 12, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diarah untuk menyegerakan siasatan berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Jika ada bukti kukuh, adalah menjadi tugas Peguam Negara untuk mendakwa mereka di mahkamah, tambahnya.



Datuk Ismail Sabri berkata beliau sendiri sudah bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung siasatan itu.



"Saya harap (siasatan diselesaikan) segera, sebab saya sudah panggil Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Peguam Negara minta untuk siasatan disegerakan.



"Saya percaya sudah pun dilaksanakan siasatan dan ada beberapa fail sudah dibuka dan siap.



"Tetapi, biarlah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang umumkan siasatan yang sudah dilaksanakan itu.



"Setakat ini apa status dan sebagainya boleh tanya Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya ditemui media kelmarin.



Sebelum ini, beberapa pihak mencadangkan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu kelewatan siap LCS, termasuk kemungkinan dana RM6 bilion ($1.86 bilion) yang sudah dibayar kerajaan diseleweng pihak tertentu.



Dalam satu kenyataan, beliau berkata bagi pihak kerajaan, Datuk Ismail Sabri berkata beliau mahu memberi "jaminan bahawa siasatan terhadap isu itu akan telus".



"Kerajaan tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat," katanya.



Mengulas lanjut, beliau berkata Kabinet kelmarin berbincang panjang mengenai perkara LCS dan memutuskan supaya isu itu perlu diselesaikan segera.



"Saya rasa sudah lama isu ini timbul dan belum diselesaikan, jadi kita minta SPRM segerakan penyiasatan dan selepas selesai (penyiasatan) serahkan kepada Peguam Negara jika ada bukti ada pihak yang terbabit (melakukan kesalahan).



"Maka (jika ada kesalahan) Peguam Negara perlu mendakwa mereka di mahkamah.



"Kerajaan juga sedang menilai dua perkara sebelum mempertimbang sebarang keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).



"Pertamanya, jawatankuasa yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang sudah pun menyiasat perkara ini dan sudah keluarkan laporannya, cuma kita minta laporan itu didedahkan kerana ramai mungkin tidak tahu laporan jawatankuasa itu.



"Keduanya, dari segi forensik audit sudah pun dilaksanakan. Cuma sekarang ia masih diklasifikasikan tidak boleh didedahkan kepada umum. Kita berpandangan klasifikasi forensik audit perlu didedahkan.



"Walaupun kerana ia membabitkan perundangan, maka kita akan rujuk Ketua Audit Negara untuk berbincang dengan beliau dan kalau boleh kita dedahkan.



"Sebab kerajaan telus dan tidak mahu melindungi apa-apa dari tatapan umum mengenai isu sebenarnya," katanya.



Datuk Ismail Sabri turut memberi jaminan kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan wang rakyat serta siasatan akan diselesaikan bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam menyeleweng dana itu. - BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >